Telco tawar pengecualian bayaran, bantuan khas mangsa kebakaran paip gas

PUTRAJAYA – Beberapa syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi menawarkan bantuan dan sokongan pemulihan untuk mangsa kebakaran saluran paip gas Putra Heights, termasuk pengecualian pembayaran bil, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

“Keputusan telah kita peroleh di peringkat Kementerian Komunikasi iaitu, syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terdiri daripada CelcomDigi, Maxis, TM Unifi, U Mobile, dan YES menawarkan sokongan dan bantuan kepada mangsa-mangsa terkesan, berikutan insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, bagi tujuan meringankan beban kewangan,” katanya ketika sidang media Mesyuarat Pasca Kabinet, hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, antara bantuan lain yang ditawarkan adalah penggantian peralatan dan kad SIM secara percuma kepada pelanggan yang terjejas serta akses 5G percuma disediakan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Putra Heights.

Beliau berkata, bantuan yang ditawarkan berbeza mengikut syarikat mengikut terma dan syarat yang ditetapkan dan keperluan dari semasa ke semasa.

“Oleh itu, mangsa yang terjejas boleh hadir ke kaunter bergerak syarikat telekomunikasi di PPS, hubungi talian hotline utama syarikat berkaitan, atau hadir ke mana-mana cawangan berdekatan,” katanya.

Katanya juga, maklumat berkenaan bantuan itu telah disalurkan kepada pihak Petronas dan Pejabat Menteri Besar Selangor yang menguruskan segala bantuan kepada mangsa terlibat.

Related Posts

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

KUCHING – Sebanyak 10 tapak Bazar Ramadan akan beroperasi dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bagi tahun 2026, melibatkan penyertaan penganjur daripada pihak komuniti dan sektor swasta. Pengerusi MPP,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

PAGI itu, seorang ibu berdiri di hadapan pintu sekolah rendah dengan tangan anaknya digenggam erat. Anak itu baru berusia 6 tahun. Wajahnya tidak gentar. Beg galasnya kemas, matanya bercahaya, dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi