TEKUN Nasional agresif perkukuh sokongan usahawan

KANGAR – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN Nasional) mengorak langkah lebih agresif tahun ini dengan memperkukuh skim pembiayaan Kontrak-i, memperluas kerjasama bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan memacu pemasaran digital bagi memastikan usahawan tempatan terus berdaya saing.

Pengerusinya, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, sebanyak RM500 juta disasarkan untuk pembiayaan Kontrak-i pada tahun ini dan jumlah itu akan ditambah RM100 juta lagi sekiranya permintaan meningkat.

“Kerjasama bersama PBT yang pertama kali dilakukan dalam 27 tahun penubuhan TEKUN Nasional ini akan diperluas di seluruh negara bagi membuka lebih banyak peluang projek dan capaian maklumat

“Komitmen TEKUN Nasional tidak hanya tertumpu kepada memberi modal, tetapi memastikan setiap usahawan dibimbing, diperkasa dan berdaya maju dalam jangka panjang,” katanya di Dewan Sivik, Arau dekat sini.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani memorandum kerjasama strategik antara TEKUN Nasional dan PBT di Perlis.

Menurutnya, TEKUN Nasional telah membangunkan seramai 602,000 usahawan sejak 23 tahun lalu dengan 80 peratus daripadanya berjaya, termasuk ratusan yang kini bergelar jutawan.

“Kita mahu lebih ramai usahawan menerima manfaat, bukan hanya kelompok kecil.

“Kerjasama dengan TikTok Shop misalnya membuahkan jualan RM13 juta dalam tempoh lima bulan, membuktikan potensi besar pasaran digital untuk menambah pendapatan,” ujarnya.

Abdullah Sani berkata, kadar hutang tidak berbayar (NPL) berjaya diturunkan daripada 12.77 peratus kepada 9.82 peratus dan dijangka menurun lagi kepada sekitar 8.95 peratus menerusi strategi kutipan rekod tertinggi RM1.153 bilion tahun lalu serta penyelesaian masalah peminjam secara terus.

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

KUALA LUMPUR – Bank Dunia mendedahkan tindakan kerajaan mengurangkan kuota penggunaan petrol bersubsidi di bawah BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan adalah tepat dalam usaha mengurangkan beban fiskal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis