Teknologi AI perlu selari dengan tuntutan agama, nilai moral yang tinggi – Abang Johari

SERIAN – Di sebalik kepesatan teknologi pada hari ini, Sarawak turut tidak ketinggalan dalam menerokai teknologi kecerdasan pintar (AI).

Menurut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, setiap pembangunan teknologi AI perlu selari dengan tuntutan agama.

“Kita menyaksikan betapa pesatnya kemajuan teknologi AI sehingga mampu berfikir lebih kompleks,” ujar beliau.

Bagaimanapun, kata beliau, teknologi AI masih ada kekurangan kerana hidayah adalah milik mutlak Allah SWT.

“Tiada sesiapa pun mampu mencipta atau meniru apa-apa yang dicipta oleh Allah SWT,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Perasmian Menaiktaraf Masjid baharu Darul Makmur Bahagian Serian pada Isnin.

Sementara itu, Abang Johari mengingatkan generasi muda agar memanfaatkan media sosial ke arah jalan yang betul.

“Jika penggunaan media sosial disalah guna, maka ia mampu menghancurkan masyarakat,” kata beliau lagi.

Selain itu, Abang Johari berkata, walaupun AI berasaskan algoritma, namun setiap kemajuan harus diseimbangkan dengan nilai moral yang tinggi.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

Malaysia tegaskan tiada keputusan unilateral boleh dibuat berkaitan Selat Melaka

Malaysia tegaskan tiada keputusan unilateral boleh dibuat berkaitan Selat Melaka

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX