TBMF2024 beri kesan positif kepada ekonomi penduduk setempat

KENINGAU – Taman Bandukan Music Festival (TBMF) 2024 yang bakal diadakan pada 29 November hingga 1 Disember akan datang dijangka memberi impak positif kepada ekonomi penduduk setempat.

Menurut Pengerusi Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan merangkap pengerusi penganjur program, Rafie Robert, TBMF2024 akan berlangsung di Taman Awam Bandukan Keningau dijangka menjadi antara program terbesar yang pernah diadakan.

“Penganjuran acara seperti ini memberi impak yang sangat baik kepada ekonomi penduduk setempat dan membawa lebih ramai pengunjung luar serta dalam negeri untuk berkunjung ke daerah Keningau dan seterusnya mempromosikan produk-produk pelancongan tempatan.

“Pelbagai acara menarik seperti Persembahan Band, Artis Tempatan, Persembahan Kebudayaan, Festival Rumah Budaya, Eco-Fitness Carnival, The Kiddos Carnival, Drive & Camp, Camping Kustik, RC Crawler, Pertandingan Dart, Konsert dan banyak lagi,” katanya dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Penganjur TBMF2024, di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Keningau pada Isnin.

Jelasnya, program ini merupakan kesinambungan daripada penganjuran acara ‘The Crocker Range Festival’.

Rafie turut berkata, pihaknya komited untuk membangunkan industri pelancongan tempatan dengan menganjurkan lebih banyak acara di masa akan datang secara konsisten.

Related Posts

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

ALOR SETAR – Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri. Menurut sumber, penahanan itu susulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas
  • YnomYnom
  • December 5, 2025

KOTA KINABALU – Jenazah Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, di sini, pada Jumaat. Ziarah terakhir Allahyarham diadakan di Idang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

  • By Ynom
  • December 5, 2025
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

  • By Fatin
  • December 5, 2025
397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy