Tanah runtuh: Penduduk Rumah Panjang Alexander Asing dinasihat berwaspada

LUBOK ANTU – Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Lubok Antu menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengenai kejadian tanah runtuh di Rumah Panjang Alexander Asing, Sekandis Baru.

Menurut kenyataan rasmi APM di Facebook, pasukan MyASPA-O Charlie, diketuai oleh Pbt (PA) Robson Tinggie Medan bersama-sama empat anggota segera bergegas ke lokasi.

Setibanya di tempat kejadian, pasukan tersebut terus menjalankan pemantauan dan mendapati tanah runtuh berlaku di hadapan bilik rumah mangsa.

Kawasan yang terjejas melibatkan Rumah Panjang Alexander dan tiga keluarga (KIR), di mana hujan lebat berterusan menyebabkan hakisan tanah di bukit berhampiran, mengakibatkan runtuhan ke arah hadapan bilik mangsa.

“Bilik no.2 dan bilik no.3 dilaporkan mengalami kerosakan teruk, termasuk dinding rumah yang runtuh.

APM menasihati penduduk agar berpindah ke kawasan lebih selamat dan segera menghubungi pihak berkuasa jika berlaku kecemasan.

Sepanjang operasi pemantauan, tiada sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan.

Sebarang kecemasan boleh dilaporkan ke APM Lubok Antu di talian 083-584639 atau hubungi talian kecemasan 999.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16