Tambang percuma sempena Thaipusam untuk pengguna komuter

PUTRAJAYA – Sempena sambutan Thaipusam minggu hadapan, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan tambang percuma selama dua hari, bermula Isnin ini.

Kemudahan itu ditawarkan kepada penumpang KTM Komuter Lembah Klang yang akan beroperasi selama 24 jam bagi tempoh empat hari bermula Ahad ini, menggunakan mekanisme imbasan keluar melalui pintu automatik (ACG).

Mengumumkan perkara itu, Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, berkata perkhidmatan bagi laluan Pelabuhan Klang – Tanjung Malim – Pelaburan Klang akan diubah dan beroperasi mengikut jadual perjalanan penuh sepanjang sambutan itu.

Perubahan jadual itu, katanya, berbeza dari jadual semasa yang terhad kepada enam perjalanan pada waktu puncak pagi dan petang, susulan kerja menaik taraf di bawah projek Landasan Berkembar Elektrik Lembah Klang Fasa 2 (KVDT2).

Beliau berkata, 118 perjalanan di bawah perkhidmatan tambahan disediakan selama empat hari, menjadikan jumlah keseluruhannya 494 perjalanan sepanjang tempoh sambutan berkenaan.

“Perkhidmatan tren tambahan ini akan bermula selepas tren terakhir pada setiap hari, dengan waktu perkhidmatan seawal jam 9:55 malam bagi laluan dari Stesen Pulau Sebang ke Batu Caves, dan seawal jam 9:30 malam bagi tren dari Stesen Pelabuhan Klang ke Batu Caves.

“Bagi pengguna dari KL Sentral pula, perkhidmatan tren tambahan akan diselang antara perhidmatan sedia ada bermula dari jam 11 pagi, menjadikan kekerapan lebih baik iaitu setiap 30 minit berbanding 1 jam pada hari biasa.

“Orang ramai juga diingatkan supaya menyediakan kad debit, kredit atau Touch ‘N Go untuk memudahkan serta melancarkan transaksi tanpa tunai bagi pembelian tiket perjalanan, sepanjang tempoh perayaan ini.

“Tiket QR fizikal juga disediakan dan boleh diperoleh di kaunter tiket, bertujuan memastikan proses transaksi berjalan dengan lancar sepanjang tempoh berkenaan,” katanya pada sidang media di Stesen Komuter Batu Caves, hari ini.

Sementara itu, Loke berkata, Prasarana Malaysia Berhad melalui RapidKL dan RapidPenang turut menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma sepanjang tempoh berkenaan, bertujuan meningkatkan kemudahan pengangkutan awam sempena Thaipusam.

Beliau berkata, sebanyak 30 bas dari Hab Bandar Pasar Seni, LRT Gombak dan MRT Kampung Batu ke Batu Caves dengan frekuensi setiap 10 minit, pada Isnin dan Selasa depan.

Bagi pengguna di Pulau Pinang, katanya, RapidPenang menyediakan 12 bas dengan kekerapan antara 20 hingga 60 minit dari Jeti perkhidmatan feri ke Adventist.

“Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Penang Port Sdn Bhd juga akan menawarkan perkhidmatan feri percuma selama 24 jam pada 10 dan 11 Februari, dengan lanjutan perkhidmatan sehingga jam 2.30 pagi, Rabu depan.

“Selain bertujuan menyokong sambutan Thaipusam, inisiatif ini juga akan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam yang mampan.

“Pengendali BAS.MY juga akan sediakan perkhidmatan tambahan secara percuma di sekitar Johor Bahru, Seremban, Negeri Sembilan dan Ipoh, Perak, Selasa depan, bertujuan memudahkan penganut agama hindu ke lokasi perayaan di kuil berdekatan,” katanya.

Related Posts

Permohonan Perantis 2.0 dibuka 17 Februari, lahirkan kepemimpinan wanita – Nancy Shukri

KUCHING – Program Kepimpinan Perantisan Wanita (Perantis) 2.0 mampu melahirkan bakat dan kepemimpinan kaum wanita. Menteri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, Perantis 2.0 bukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perkasakan industri penjagaan untuk galakkan wanita kembali bekerja – Nancy Shukri

KUCHING – Industri penjagaan perlu diperkasakan untuk menggalakkan kaum wanita kembali kepada sektor pekerjaan. Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, urusan penjagaan keluarga terutama orang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proton e.MAS kini di Kuching, fokus wujudkan persekitaran hijau dan mampan

Proton e.MAS kini di Kuching, fokus wujudkan persekitaran hijau dan mampan

Kanak-kanak tidak dibenar tunai haji

Kanak-kanak tidak dibenar tunai haji

ESSCOM pilih perkampungan jadi Kampung Angkat Madani

ESSCOM pilih perkampungan jadi Kampung Angkat Madani

Akta 588 (Pindaan) kuat kuasa hari ini

Akta 588 (Pindaan) kuat kuasa hari ini

RM79.5 juta peruntukan bantuan pendidikan tahun ini – Arifin

RM79.5 juta peruntukan bantuan pendidikan tahun ini – Arifin

Sambutan Thaipusam: Lebih 300,000 dijangka hadir meriahkan hingga Rabu

Sambutan Thaipusam: Lebih 300,000 dijangka hadir meriahkan hingga Rabu