Tambah baik kemudahan di stesen minyak

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan semua syarikat penyedia stesen minyak menambah baik kemudahan disediakan di kawasan mereka, bagi manfaat orang awam.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar percaya usaha menambah baik kemudahan itu dapat meningkatkan mutu dan perkhidmatan ke tahap lebih baik demi keselesaan orang awam.

“Usai solat Jumaat, saya membuat pemeriksaan mengejut di Petronas Presint 16, (Putrajaya) termasuk daripada segi infra, kemudahan tandas dan surau orang awam.

“Diapit bodyguard cilik, saya sempat melihat sendiri kesiapsiagaan kesemua kemudahan disediakan untuk pengunjung.

“Saya percaya masih ada banyak ruang penambahbaikan untuk dimanfaatkan semua syarikat penyedia stesen minyak terkait kemudahan yang disediakan termasuk menyediakan sejadah yang dalam keadaan baik dan bersih,” katanya.

Menerusi video dimuat naik dalam hantaran itu, Anwar berkata, walaupun keadaan jauh lebih baik ketika ini, Petronas harus meningkatkan lagi mutu pengurusan termasuk kemudahan surau kerana ia digunakan oleh jutaan rakyat.

Related Posts

Bung Moktar kritikal

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu. Sumber memaklumkan Adun Lamag yang kini di unit rawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
20 penjawat awam tamat kursus AI di China

PUTRAJAYA – Seramai 20 pegawai daripada pelbagai agensi kerajaan berjaya menamatkan kursus intensif teknologi kecerdasan buatan (AI) selama enam bulan di China, semalam. Kumpulan itu turut disertai seorang pegawai Suruhanjaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

  • By Ynom
  • December 5, 2025
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

  • By Fatin
  • December 5, 2025
397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy