Tambah baik infrastruktur jalan raya di Pahang

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahu infrastruktur jalan raya di negeri ini ditambah baik bagi mengurangkan risiko kemalangan.

Baginda bertitah pemasangan tanda keselamatan dan lampu di lebuh raya serta jalan kampung – terutamanya di kawasan selekoh – perlu diberi perhatian untuk keselamatan pengguna.

“Saya dimaklumkan kekurangan lampu misalnya di kawasan Karak (Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Bentong) dan saya hendak pergi periksa dahulu (kerana) ini antara komen yang saya dengar dan minta untuk disuarakan.

“Selain daripada infrastruktur, saya juga hendak mengingatkan pemandu untuk memeriksa keadaan kereta.

“Kadangkala keadaan kenderaan tidak baik (tetapi) kita paksa bawa (pandu) ke suatu destinasi,” titah baginda selepas mencemar duli menyantuni waris lima sekeluarga yang maut akibat kemalangan jalan raya di KM65 Jalan Pekan-Nenasi-Rompin pada Sabtu lalu, di Kampung Sepauk, dekat Pekan, hari ini.

Baginda turut mengingatkan pemandu supaya sentiasa berhati-hati terutamanya semasa hujan atau keadaan gelap selain perlu berhenti rehat jika berasa letih.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu