Tak perlu kibar bendera Pas, cuma kibar Jalur Gemilang

KUANTAN – Idea Pemuda Pas mengajak orang ramai mengibarkan bendera parti itu bersama Jalur Gemilang sempena bulan Kemerdekaan disifatkan terlalu dangkal.

Pengerusi Amanah Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly berkata, sebagai negara merdeka, rakyat negara ini sewajarnya mengutamakan Jalur Gemilang berbanding bendera parti sepanjang bulan Kemerdekaan.

“Justeru, Amanah Pahang menyeru seluruh rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang di semua tempat, kediaman, premis perniagaan dan di mana mereka berada sebagai lambang semangat cintakan negara.

“Kibaran Jalur Gemilang adalah manifestasi perpaduan negara dan lambang penyatuan rakyat pelbagai etnik dan kebudayaan.

“Cadangan mengibarkan bendera parti sangat tidak wajar ketika negara di ambang kemerdekaan negara kerana ia hanya menjarakkan perbezaan di kalangan rakyat,” katanya.

Mohd Fadzli berkata, parti seperti Pas sepatutnya sedar bahawa perbuatan sedemikian hanya menyemarakkan api permusuhan.

Katanya, kempen kibar bendera parti boleh dibuat pada masa lain, bukannya ketika bulan kemerdekaan yang penting untuk negara ini.

“Buat masa ini, kita lupakan sekejap perbezaan warna ‘baju politik’… sebaliknya bersama atas nama negara dan meraikan sambutan bersejarah ini,” ujarnya.

Related Posts

Tiga Penyelaras DUN lapor polis dakwaan fitnah Pemuda Pas Pahang

KUANTAN – Tiga penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan Parlimen Paya Besar tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, hari ini. Mereka adalah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Oleh: Yusoff Din PEMECATAN Abdul Khalib Abdullah sebagai Ketua Bersatu Pahang dilihat membuka lagi episod pergolakan dalaman parti itu di negeri berkenaan, khususnya selepas kemelut melibatkan kem kepimpinan tertinggi parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi

Kes panggilan palsu bebankan sumber negara

Kes panggilan palsu bebankan sumber negara

Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Pegawai ladang didenda RM48,000, miliki bangkai haiwan dilindungi

Pegawai ladang didenda RM48,000, miliki bangkai haiwan dilindungi

‘Folder’ cecah ribuan muka surat, bukti digital kes Zara dibentang di mahkamah

‘Folder’ cecah ribuan muka surat, bukti digital kes Zara dibentang di mahkamah

Tiga Penyelaras DUN lapor polis dakwaan fitnah Pemuda Pas Pahang

Tiga Penyelaras DUN lapor polis dakwaan fitnah Pemuda Pas Pahang