
KERAJAAN memperkenalkan Matriks Pembelajaran Malaysia bagi menilai pencapaian murid Tahun Empat mulai tahun ini, manakala Pengukuran Pembelajaran Tingkatan Tiga akan dilaksanakan pada 2027, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menjelaskan, bagi Tahun Empat, pengukuran melibatkan empat mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, manakala bagi Tingkatan Tiga, ia meliputi lima mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.
“Kedua-dua pengukuran ini akan ditadbir oleh Lembaga Peperiksaan (LA) secara berpusat.
“Nama lain bagi pengukuran ini adalah Matriks Pembelajaran Malaysia,” katanya berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 di sini, hari ini.
Anwar menegaskan, pelaksanaan Matriks Pembelajaran Malaysia bertujuan memantau pencapaian murid secara sistematik serta memberi ruang kepada guru dan sekolah untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran secara berfokus.







