Tabika Pra Tahfiz Kemas bukti Islam tidak terancam, lebih kukuh – TPM

PROGRAM Tabika Pra Tahfiz Kemas membuktikan agama Islam tidak terancam di bawah pemerintahan Kerajaan Perpaduan malah ianya lebih kukuh, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menafikan dakwaan segelintir pihak kononnya agama Islam dan orang Melayu terancam di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, program berkenaan adalah pencetus perubahan dalam pendidikan Islam.

Katanya, DAP sebagai parti komponen dalam gabungan politik itu tidak pernah menentang program berkenaan apabila ia dibentang dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

“Mereka sangat prihatin terhadap Perkara 3 dalam Perlembagaan iaitu kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan Perkara 153 iaitu kedudukan hak istimewa Orang Melayu serta kedudukan Raja-Raja Melayu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan prapelancaran Pra Tahfiz Tabika Kemas Pulau Pinang di Dewan Perda-Tech, Bukit Panchor, malam tadi.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, program itu akan memberi penekanan terhadap ibadah lain termasuk solat kepada anak-anak Tabika Kemas.

“Di samping itu juga, kita tidak mengetepikan soal agama lain dan juga bangsa lain yang memasuki tabika atau tadika. Di Tadika Perpaduan umpamanya, pendidikan sivik dilaksanakan.

“Begitu juga mana-mana anak orang bukan Islam yang masuk ke Tadika Kemas, pendidikan yang begitu juga dibuat ketika pengajaran al-Quran dan solat dilakukan,” katanya.

Tabika Pra Tahfiz Kemas adalah program untuk memperkasakan Pendidikan al-Quran selain memberi nilai tambah kepada modul sedia ada (Program Penghayatan Islam).

Ia merangkumi aspek Pendidikan al-Quran dalam melahirkan Huffaz Cilik yang menguasai hafazan al-Quran bagi surah-surah dalam juzuk amma dan surah pilihan (Juzuk 30) dengan Bacaan (Qiraat) Adab dan Tadabbur.

Program itu turut menjadi antara Hala Tuju Strategik (HATS) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Tahun 2023 dalam Membangun Modal Insan Desa Secara Komprehensif bagi memperkasakan Pendidikan al-Quran kepada kanak-kanak.

Related Posts

Malaysia teraju integrasi grid serantau

PUTRAJAYA – Malaysia akan menerajui fasa pertama pelan integrasi grid tenaga serantau yang bercita-cita tinggi, bermula dengan ketersambungan berdaya maju dari segi ekonomi antara Vietnam, Malaysia dan Singapura, kata Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Malaysia teraju integrasi grid serantau

Malaysia teraju integrasi grid serantau