Syed Hussien tak kekok, mudah dekati masyarakat Cina

KLUANG – Tak kekok. Itu yang boleh disifatkan kepada calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah apabila mampu beramah mesra dengan pengundi berbangsa Cina di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota ini.

Memetik hantaran dimuat naik Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi di laman Facebooknya, beliau berkata, kebolehan Syed Hussien bertutur dalam bahasa Mandarin telah kelebihan untuk pemuda itu mendekati kaum Cina.

Shu Qi berkata, keselesaan masyarakat Tiong Hua jelas terbukti apabila kehadiran Syed Hussien di beberapa buah kedai makan Cina di sekitar DUN ini disambut baik.

Malah, foto dimuat naik Ahli Parlimen DAP itu turut mempamerkan keselesaan Ketua Pemuda UMNO Kluang berkenaan yang kelihatan tidak kekok untuk duduk bersantai dan bertutur dalam bahasa Mandarin.

“Saudara Syed Hussien Al-Yahya merupakan seorang yang mempunyai perwatakan yang menarik, mudah mesra dengan orang dan sangat pandai berbahasa Mandarin.

“Semoga berjaya untuk pencalonan nanti,” ujarnya dalam hantaran berkenaan.

Sebelum ini, DAP menamakan Shu Qi sebagai penyelaras utama dalam membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Related Posts

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

KUALA LUMPUR – Bank Dunia mendedahkan tindakan kerajaan mengurangkan kuota penggunaan petrol bersubsidi di bawah BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan adalah tepat dalam usaha mengurangkan beban fiskal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan kes ‘mafia korporat’ setakat ini tidak melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis