Suspek kes samun bersenjata di Muara Tebas berjaya ditahan

KUCHING – Polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian samun berkawan bersenjatakan senjata tajam di sebuah kedai runcit 24 jam di Muara Tebas, Kuching, pada 30 Mac lalu.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa, kejadian berlaku sekitar jam 8.30 malam apabila tiga lelaki bersenjatakan objek tajam memasuki premis dan salah seorang daripada mereka mengacukan senjata ke arah mangsa, seorang pembantu kedai wanita berusia 27 tahun. 

“Suspek kemudiannya melarikan wang tunai berjumlah RM2,950 dari kaunter,” ujarnya

Tambah beliau, bertindak atas laporan polis yang diterima pada 6 April, sepasukan anggota dari Balai Polis Gita berjaya melakukan tangkapan ke atas salah seorang suspek pada 7 April sekitar jam 4 petang di kawasan Demak Laut, Jalan Bako. 

“Polis turut merampas sebuah motosikal curi yang digunakan dalam kejadian tersebut, yang dilaporkan hilang di Kota Samarahan,” katanya.

Jelas beliau lagi, hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat dalam kejadian dan mempunyai lima rekod jenayah lampau. 

“Ujian saringan awal juga mendapati suspek positif dadah. Dia kini ditahan reman selama enam hari sehingga 14 April bagi membantu siasatan lanjut termasuk mengenal pasti rakan subahat yang masih bebas dan penglibatannya dalam kes lain,” katanya lagi.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Related Posts

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

KUANTAN – Seorang pegawai kanan polis direman lima hari hingga 2 Mei ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM64,000. Rasuah itu dipercayai sebagai balasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

MIRI – Bandar Miri menerima ketibaan kira-kira 120 pelancong dari Hong Kong menerusi lawatan selama lima hari empat malam bermula 26 hingga 30 April ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Jenayah kopiah putih’: Ancaman berselindung di sebalik imej agama

‘Jenayah kopiah putih’: Ancaman berselindung di sebalik imej agama

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor terap pendekatan digital

Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor terap pendekatan digital