Suspek belasah pekerja kedai serbaneka diberkas

BENTONG – Tiga lelaki ditahan susulan penularan klip video memaparkan seorang pekerja sebuah kedai serbaneka dekat sini, dipukul dengan topi keledar.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, suspek adalah warganegara tempatan berusia antara 27 hingga 36 tahun.

Menurutnya, satu laporan polis diterima kira-kira jam 12.10 pagi semalam.

“Hasil siasatan awal klip video berdurasi 1 minit 46 saat itu dimuat naik di aplikasi X pada jam 9.57 pagi.

“Hasil rakaman CCTV (kamera litar tertutup) dan maklumat orang awam, pihak polis berjaya membuat tangkapan ke atas suspek sekitar jam 1.40 petang,” katanya dalam kenyataan.

Zaiham berkata, dua suspek yang ditahan mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau termasuk kes penyalahgunaan dadah.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Hasil siasatan awal pihak polis mendapati punca kejadian adalah kerana perselisihan faham dan pertengkaran mulut selepas dimaklumkan operasi kedai yang hendak ditutup.

“Mangsa iaitu seorang lelaki warganegara tempatan berusia 19 tahun mendapat rawatan dan pemeriksaan di Hospital Bentong,” ujarnya.

Related Posts

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

KEMAMAN — Kementerian Pendidikan (KPM) komited menangani isu keciciran prasekolah bagi memastikan murid yang bakal memasuki Tahun 1 memiliki kemahiran literasi dan numerasi mencukupi untuk mengikuti silibus pembelajaran dengan berkesan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Regatta Lingga 2025 medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

LINGGA – Regatta Lingga 2025 merupakan penganjuran acara sukan air yang terakhir bagi tahun ini di Sarawak dengan menampilkan acara kemuncak eksklusif iaitu ‘Battle of Titans’. Penaung Regatta Lingga 2025,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

Regatta Lingga 2025 medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025  medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

  • By Fatin
  • December 13, 2025
Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM