Suriya Merais hilang dua hari di Pulau Beruit ditemukan selamat

DARO – Seorang wanita yang dilaporkan hilang di Kampung Penibong, Pulau Bruit sejak malam tadi ditemukan selamat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada tengah hari Khamis.

Mangsa dikenali sebagai Suriya Merais, 53, berasal dari Kampung Penuai.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak berkata, operasi SAR hari kedua bermula seawal 9 pagi dengan membabitkan 95 anggota pelbagai agensi yang dibahagikan kepada tujuh pasukan dalam radius pencarian sejauh enam kilometer.

Menurutnya, pada 10.32 pagi, pasukan SAR menemui petunjuk dipercayai ditinggalkan mangsa iaitu buah asam paya di dalam guni.

“Pada 12.09 tengah hari, mangsa berjaya ditemui dalam keadaan selamat di kawasan hutan dan seterusnya dibawa keluar ke Pusat Kawalan Operasi Bomba (PKOB) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Operasi ditamatkan selepas mangsa disahkan selamat.

Foto: BBP DARO

Related Posts

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Dadah (BSJD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok dalam satu operasi khas yang dijalankan di kawasan Roban,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditemukan meninggal dunia di taman permainan

MUKAH – Seorang lelaki warga tempatan ditemukan meninggal dunia di kawasan taman permainan kanak-kanak Dataran Pehin Setia Raja pada Ahad. Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, pihaknya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

Lelaki ditemukan meninggal dunia di taman permainan

Lelaki ditemukan meninggal dunia di taman permainan

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak