Sumbangan RM90,000 untuk 3 rumah ibadat di Miri bukti keprihatinan kepada rakyat

MIRI – Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man terus menunjukkan komitmen terhadap pembangunan komuniti apabila menyampaikan sumbangan berbentuk cek berjumlah RM90,000 kepada tiga rumah ibadah di sekitar Miri.

Rumah ibadah yang menerima bantuan tersebut ialah Masjid Ar’ Rayyan di Permyjaya, Gereja Methodist Tudan serta Masjid Darul Istiqimah di Luak dengan masing-masing menerima sumbangan sebanyak RM30,000.

Sumbangan itu bertujuan menyokong pelaksanaan projek-projek pembangunan serta kerja-kerja baik pulih bagi meningkatkan kemudahan dan keselesaan para jemaah dan masyarakat setempat.

Menurut beliau, penyaluran bantuan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan beliau dalam menyokong institusi keagamaan yang turut berperanan sebagai pusat pembinaan masyarakat, pendidikan rohani dan moral serta medan perpaduan kaum.

“Saya percaya rumah-rumah ibadah bukan sahaja menjadi tempat untuk beribadat, malah turut memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan antara kaum dan agama.

Oleh itu, usaha menaik taraf kemudahan di rumah ibadah adalah pelaburan sosial yang sangat penting,” katanya.

Masjid Ar’ Rayyan menerima sumbangan bagi membiayai projek pembangunan dan baik pulih masjid. Gereja Methodist Tudan pula menggunakan peruntukan bagi menaik taraf pusat pembelajaran dan pembelian sistem pembesar suara (PA System), manakala Masjid Darul Istiqimah Luak menerima dana bagi menyokong kerja-kerja baik pulih serta penyelenggaraan masjid.

Sementara itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan rumah-rumah ibadah terbabit atas sambutan yang mesra serta komitmen mereka dalam memajukan komuniti masing-masing.

Beliau turut memberi jaminan bahawa bantuan kewangan kepada rumah-rumah ibadat lain yang memerlukan akan diteruskan dari semasa ke semasa.

“Pejabat saya sentiasa terbuka untuk menerima cadangan dan maklum balas berkaitan pembangunan komuniti. Tiada pihak harus tercicir dalam arus kemajuan, dan saya komited untuk terus membantu sedaya upaya,” tambah beliau.

Inisiatif ini diharap mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan komuniti yang lebih inklusif dan mendorong kerjasama yang erat antara pemimpin masyarakat, agensi kerajaan dan organisasi masyarakat sivil dalam membina sebuah Miri yang harmoni, sejahtera dan bersatu padu.

Related Posts

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

TAWAU – Seorang guru pelatih wanita maut selepas motokar yang dipandu terbabas sendiri dalam insiden kemalangan di Batu 11 Jalan Apas, di sini, tengah hari Jumaat. Dalam kejadian kira-kira pukul…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

GEORGE TOWN – Sebanyak 99 peratus daripada lebih 16,000 responden menyatakan sokongan terhadap cadangan sambungan jajaran Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, sekali gus mencerminkan penerimaan tinggi rakyat terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Data tidak menipu!

Data tidak menipu!

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter