Sumbangan persekolahan ringankan belanja pelajar di Kota Belud

KOTA BELUD – Program Penyerahan Sumbangan Persekolahan dilihat sebagai usaha membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan membuat persiapan persekolahan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Ts Mustapha Sakmud, ianya mencerminkan komitmen berterusan pihak kementerian dalam memastikan kebajikan rakyat.

Jelasnya, bantuan tersebut khususnya kepada golongan pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan yang sentiasa diberi perhatian.

“Kerajaan MADANI sentiasa prihatin terhadap dasar pendidikan negara dan komited memperkasakan sektor pendidikan melalui pelbagai inisiatif.

“Kerajaan juga terus mendukung golongan B40 menerusi pelaksanaan bantuan seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang ditambah baik dari semasa ke semasa,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Milus Alu @ Abd Wahad, semasa Program Penyerahan Sumbangan Sekolah, di Sekolah Kebangsaan (SK) Timbang, di sini pada Sabtu.

Menurutnya, sumbangan yang disampaikan merangkumi beg sekolah, alat tulis serta bantuan tunai kepada para pelajar yang layak.

“Bantuan ini bertujuan meringankan perbelanjaan ibu bapa dalam persekolahan anak-anak dan bersamaan sambutan hari raya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mustapha berkata, pendekatan ini mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Tambahnya lagi, program ini mencapai objektifnya dalam membantu golongan yang memerlukan, di samping memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan demi kesejahteraan masyarakat.

Sebagai rekod, program berkenaan dianjurkan oleh Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Yayasan Dakwah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Kelab Pelajar Melayu Semalaysia.

Related Posts

Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

BENTONG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang berjaya menggagalkan cubaan menyeludup kira-kira 88.39 kilogram sisa elektronik (e-waste) dari luar negara di Pelabuhan Utara, Port Klang, Selangor, awal bulan ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

Cubaan seludup e-waste 88.39 kg berjaya digagalkan Kastam Pahang

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP