SUKMA 2026: Sarawak hantar kontinjen terbesar, sasar pertahan gelaran

KUCHING – Sarawak bakal menghantar kontinjen terbesar bagi menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22 di Selangor pada Ogos depan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penyertaan besar itu adalah manifestasi keseriusan Sarawak untuk mempertahankan gelaran juara keseluruhan yang dimenangi pada edisi lalu.

Menurut beliau, temasya di Selangor ini disifatkan sebagai ‘ujian sebenar’ bagi membuktikan kewibawaan atlet Sarawak bertanding di gelanggang lawan.

“Tahniah kepada Sarawak kerana menang (pada SUKMA XXI), tetapi ujian sebenar adalah ujian seterusnya apabila kita berkunjung ke tempat orang.

“Kalau menang di kampung sendiri (Sarawak), itu biasa. Tetapi jika kita mampu mempertahankan kejuaraan di Selangor nanti, itu barulah boleh dikatakan kita betul-betul jaguh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi serta delegasi SUKMA Selangor pada Rabu.

Selain itu, beliau mengakui cabaran sengit bakal dihadapi memandangkan Selangor memiliki rekod cemerlang sebagai juara dalam sejarah penganjuran sukan tersebut.

“Walaupun Selangor mempunyai kelebihan sebagai tuan rumah, kita akan memastikan pasukan Sarawak bersiap sedia sepenuhnya untuk memberi saingan sengit,” ujarnya.

Sementara itu, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor Mohd Najwan memberitahu, persiapan fasiliti sukan di Selangor kini berada pada tahap 80 peratus dan dijangka siap sepenuhnya menjelang April ini.

Beliau turut berkongsi kelainan pada edisi kali ini apabila upacara perasmian dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan bukannya di stadium seperti kelaziman, susulan kerja-kerja pembangunan semula Stadium Shah Alam.

Related Posts

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

WOLVES disahkan tersingkir dari saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi selepas keputusan seri tanpa jaringan West Ham United menentang Crystal Palace menutup peluang mereka untuk kekal. Kelab dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

PENGENDALI Bayern Munich, Vincent Kompany menegaskan musim pasukannya masih belum berakhir walaupun sudah mengesahkan kejuaraan Bundesliga dengan empat perlawanan berbaki. Kemenangan 4-2 ke atas Stuttgart membolehkan Bayern mendahului liga dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Kontraktor G1 desak projek MARRIS dikembali kepada kerajaan negeri, bukan konsesi

Kontraktor G1 desak projek MARRIS dikembali kepada kerajaan negeri, bukan konsesi