Sukhoi Su-30 MKM corak Jalur Gemilang megah membelah ruang udara Bandaraya Alor Setar

ALOR SETAR – Penduduk di sekitar bandaraya ini teruja apabila menyaksikan pesawat pejuang Sukhoi Su-30 MKM dengan corak cat atau livery Jalur Gemilang terbang di ruang udara semalam.

Corak cat baharu tersebut adalah bersempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25) pada 20 hingga 24 Mei ini.

Pesawat berkenaan tiba di sini kira-kira pukul 10 pagi semalam dan menampilkan latihan penerbangan solo selama kira-kira tujuh minit.

Elemen bulan sabit dan bintang serta warna Jalur Gemilang memberikan penampilan patriotik dan segar serta bakal menonjolkan identiti negara dalam acara antarabangsa itu.

Terdahulu, beberapa pesawat Sukhoi Su-30 MKM dan F/A-18D Hornet berlepas ke Pangkalan Udara Butterworth untuk latihan Opening Gambit sempena LIMA’25.

Latihan bersambung pada hari ini dengan pesawat Sukhoi keempat tiba di Alor Setar. Orang ramai dilihat terus memenuhi kawasan luar pagar Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH).

Penduduk Langgar, Marliah Musa, 35, berkata, dia membawa dua anak lelakinya ke Kepala Batas untuk menyaksikan persembahan pesawat pejuang negara.

“Memang tidak sangka kami berpeluang tengok Sukhoi dengan corak dan warna Jalur Gemilang. Bila tengok rasa teruja dan bangga sebagai anak Malaysia.

“Anak-anak memang seronok sangat dan dalam minggu ini saya dah bawa mereka ke sini beberapa kali untuk tengok dengan lebih dekat jet pejuang kita,” katanya.

Penduduk dari Hutan Kampung, Zamani Irham Ahmad, 32, berkata, dia datang dengan lima rakan seawal pukul 7 pagi untuk melihat kehebatan Sukhoi dan Hornet.

“Saya tunggu sampai petang dan memang puas hati bila tengok persembahan Sukhoi yang tangkas. Saya ambil kesempatan ini kerana tidak dapat ke LIMA di Langkawi kerana bekerja,” ujarnya.

Related Posts

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

ALOR SETAR – Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri. Menurut sumber, penahanan itu susulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas
  • YnomYnom
  • December 5, 2025

KOTA KINABALU – Jenazah Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, di sini, pada Jumaat. Ziarah terakhir Allahyarham diadakan di Idang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

  • By Ynom
  • December 5, 2025
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

  • By Fatin
  • December 5, 2025
397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy