Sukarelawan Global Sumud Flotilla wajar dikurnia pingat keberanian – Mahfuz

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar mencadangkan agar kerajaan menimbang untuk menganugerahkan pingat kebangsaan daripada Yang di-Pertuan Agong kepada semua sukarelawan Malaysia yang terlibat dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) baru-baru ini.

Menurut beliau, meskipun para sukarelawan itu tidak pernah mengharapkan sebarang ganjaran atau pengiktirafan, namun keberanian dan pengorbanan mereka wajar dihargai sebagai tanda penghormatan negara terhadap perjuangan mereka mempertaruhkan nyawa demi membela rakyat Palestin di Gaza.

“Mereka menyertai misi kemanusiaan tanpa senjata, tanpa kepentingan diri dan tanpa jaminan keselamatan berdepan tentera penjajah Israel yang tidak menghormati undang-undang antarabangsa.

“Keberanian mereka ialah keberanian moral, lahir dari hati nurani yang menolak kezaliman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahfuz berkata, pengiktirafan rasmi daripada kerajaan penting kerana ia membawa beberapa nilai besar kepada negara, termasuk mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa serta memperlihatkan solidariti nasional terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Tambahnya, anugerah itu juga mampu menjadi teladan kepada generasi muda mengenai erti patriotisme global iaitu cinta kepada tanah air turut bermakna dengan membela kemanusiaan sejagat.

“Penghargaan ini bukan sekadar simbol, tetapi pesanan moral kepada dunia bahawa Malaysia menghargai pengorbanan demi kemanusiaan, dan sentiasa berdiri teguh bersama perjuangan rakyat Palestin,” katanya lagi.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta kerajaan Malaysia akan meneliti cadangan itu sebagai tanda kasih dan penghormatan negara kepada anak-anak Malaysia yang telah mengangkat martabat bangsa di mata dunia.

“Mereka bukan wira bersenjata, tetapi wira hati nurani bangsa,” tegas Mahfuz.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi