Subsidi BUDI95 langkah tepat tangani tekanan fiskal negara – Bank Dunia

MALAYSIA mengambil langkah tepat susulan melaksana pembaharuan subsidi bahan api bersasar menerusi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dalam berdepan konflik Asia Barat.

Langkah itu memberi ruang kepada kerajaan yang berusaha mengurus tekanan fiskal dengan lebih baik sekali gus dapat memastikan subsidi diagihkan secara lebih cekap.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Apurva Sanghi berkata, pelarasan had kuota bahan api menunjukkan pendekatan yang lebih bersasar seterusnya membantu memastikan subsidi diagihkan dengan lebih adil merentas kumpulan pendapatan berbeza.

“Subsidi bahan api di Malaysia bersifat regresif, dengan kumpulan T10 dan T20 mendapat manfaat yang jauh lebih besar berbanding kumpulan lain. Jika lihat yang paling banyak menggunakan bahan api ini adalah segmen T10 dan T20, mereka didapati menggunakan lebih daripada 200 liter.

“Jadi apabila kuota diselaraskan sementara kepada 200 liter, saya berpandangan langkah itu adalah wajar dari segi untuk menangani sifat regresif tersebut kerana mereka membayar lebih. Usaha itu sememangnya tindakan ke arah yang betul,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada taklimat mengenai bahagian satu laporan “Malaysia Economic Monitor” (MEM) April 2026 oleh Kumpulan Bank Dunia yang bertajuk “Raising the Ceiling, Raising the Floor, Advancing Malaysia’s Jobs and Productivity Agenda” di ibu negara, hari ini.

Bermula 1 April, 2026, had kuota bulanan individu bagi pembelian petrol BUDI95 akan diselaraskan sementara kepada 200 liter sebulan daripada 300 liter sebelum ini susulan konflik berterusan di Asia Barat.

Harga RON95 bersubsidi kekal pada RM1.99 seliter.

Sanghi berkata, langkah bagi BUDI95 itu adalah bersifat jangka masa pendek namun jika keadaan fiskal semakin merosot, pelarasan lanjut mungkin diperlukan.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James