Suami kelar isteri hingga maut direman 7 hari

TANGKAK – Polis berjaya mendapatkan tempoh permohonan reman selama tujuh hari ke atas seorang lelaki selepas dipercayai membunuh isterinya dengan mengelar wanita tersebut di sebuah kediaman di Bukit Gambir, di sini pada Isnin.

Perintah reman terhadap suspek berusia 33 tahun dikeluarkan oleh Majistret, Lee Kim Keat bermula hari ini sehingga Selasa depan.

Terdahulu, suspek dibawa ke Majistret Tangkak bagi mendapatkan perintah tahanan reman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 kerana melakukan khianat dengan api.

Kelmarin, suspek yang juga penganggur dipercayai telah membunuh isterinya sebelum membakar sekurang-kurangnya empat buah kenderaan milik keluarga mertuanya di hadapan sebuah kediaman di Durian Chondong, di sini.

Bagaimanapun, suspek berjaya diberkas polis selepas pulang ke kediamannya semula di Bukit Gambir jam 7 pagi semalam.

Related Posts

Lelaki warga emas dilapor hilang, sebahagian badan dijumpai

MARUDI – Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang di kawasan Jalan Industri Sungai Ridan di sini, sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari kedua dengan penemuan sebahagian anggota badan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pulau Kalumpang berpotensi jadi produk pelancongan baharu Perak

KERIAN – Pulau Kalumpang di Kuala Gula, Bagan Serai, dilihat berpotensi besar untuk dibangunkan sebagai produk pelancongan baharu negeri Perak susulan keunikan sejarah, biodiversiti dan kedudukannya yang strategik. Potensi pulau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia tegas pertahan peranan ASEAN dalam isu Laut China Selatan

Malaysia tegas pertahan peranan ASEAN dalam isu Laut China Selatan

Lelaki warga emas dilapor hilang, sebahagian badan dijumpai

Lelaki warga emas dilapor hilang, sebahagian badan dijumpai

Garis panduan baharu perkukuh keselamatan sekolah bukti kesungguhan KPM tangani kebimbangan rakyat

Garis panduan baharu perkukuh keselamatan sekolah bukti kesungguhan KPM tangani kebimbangan rakyat

ASEAN kekal utuh hadapi cabaran global

ASEAN kekal utuh hadapi cabaran global

17 Mei tarikh lihat anak bulan Zulhijah

17 Mei tarikh lihat anak bulan Zulhijah

Pulau Kalumpang berpotensi jadi produk pelancongan baharu Perak

Pulau Kalumpang berpotensi jadi produk pelancongan baharu Perak