Suami isteri mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu lebih RM655 ribu

TAWAU – Pasangan suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Tawau pada Khamis atas 15 pertuduhan mengemukakan dokumen tuntutan palsu kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), 11 tahun lalu.

Tertuduh Junaidi Abdul Rahman, 63, dan Albina Ogor Abdullah, 50, masing-masing bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan bekas Pengarah Eksekutif sebuah syarikat swasta membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Jason Anak Juga.

Mengikut kesemua kertas pertuduhan, Junaidi didakwa melakukan kesalahan itu di Stesen Janakuasa Tawau Jalan Kuhara antara 8 hingga 11 April 2013.

Tertuduh didakwa dengan curangnya menggunakan suatu dokumen palsu sebagai tulen iaitu Delivery Ticket Petron Oil (M) Sdn Bhd untuk membuat tuntutan sebanyak lebih
RM655,000 bagi pembayaran sejumlah 260,000 liter diesel ke Stesen Janakuasa Tawau.

Perbuatan itu menyebabkan SESB membayar kepada Syarikat Petrohub Corporation Sdn Bhd (PCSB) milik tertuduh yang mana tertuduh mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen itu adalah palsu semasa menggunakannya.

Demikian itu, tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan (KK) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Albina menerusi 15 pertuduhan didakwa bersubahat dengan suaminya dan telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seskyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 471 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun yang sama.

Mahkamah menetapkan jaminan kepada kedua-dua tertuduh sebanyak RM10,000 iaitu RM3,000 deposit dengan seorang penjamin tempatan, diarahkan untuk melapor diri sekali dalam setiap dua bulan di mana-mana Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terdekat serta menyerahkan passport antarabangsa kepada pihak mahkamah.

Terdahulu pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Norsham Saharom manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Related Posts

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

KUALA KRAI – Penahanan seorang wanita oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Miah di sini, petang semalam, membawa kepada rampasan lima laras senjata api, termasuk M-16. Komander Briged Tenggara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

KUANTAN – Hujan lebat lebih dua jam mengakibatkan kejadian banjir kilat di kawasan Habu Heights, Cameron Highlands, petang semalam. Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintendan Azri Ramli berkata, hujan lebat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan