Suami isteri maut nahas dua kenderaan, seorang tidak dapat dikesan

KUALA KURAU – Tragedi babitkan kemalangan dua buah kenderaan mengakibatkan sepasang suami isteri maut manakala anak mereka cedera dalam kejadian di Jalan Pantai, Batu 9 di Batu Piandang, Kuala Kurau, di sini pada pagi Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kurau digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan sekitar jam 7.29 pagi.

Ujarnya, kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Perodua Kelisa dan Honda City.

“Kemalangan itu mengakibatkan tiga mangsa yang berada di dalam kereta Perodua Kelisa mengalami kecederaan dan maut di lokasi kejadian.

“Manakala pemandu kereta Honda City tidak dapat dikesan,” katanya dalam satu kenyataan pada hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan hidraulik sehingga mangsa berjaya dikeluarkan.

“Mangsa yang maut adalah pemandu lelaki berusia 59 tahun dan wanita warga emas berusia 66 tahun manakala seorang remaja lelaki berusia 13 tahun hanya mengalami kecederaan.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Manakala mangsa cedera telah dibawa ke hospital oleh pihak KKM,” ujar Sabarodzi.

Operasi tamat sepenuhnya jam 8.50 pagi.

Related Posts

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

KUANTAN – Pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut bukan hanya mengancam nyawa pengguna jalan raya yang tidak bersalah, malah memberi bebanan ekonomi kepada waris mangsa. Tindakan memandu dalam keadaan mabuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

RANAU – Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Timbua sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib yang menimpa penduduk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda