STR Fasa 4 diawalkan, diskaun tol 50 peratus sempena Deepavali

PUTRAJAYA – Kerajaan menyediakan RM13 bilion untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada 2026 yang memanfaatkan hampir sembilan juta penerima, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, bagi STR, bayaran Fasa 3 telah dibuat bernilai RM6 bilion.

“Alhamdulillah, SARA bulanan diterima baik rakyat dengan kadar penggunaan mencecah 98 peratus.

“Ini kaedah bersasar yang memastikan SARA diguna untuk membeli barangan asas seperti makanan, ubat dan alat sekolah,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kewangan mengumumkan bayaran STR Fasa 4 2025 – yang dijadualkan untuk bulan November dan bernilai RM2 bilion – diawalkan serta akan disalurkan mulai 18 Oktober sempena perayaan Deepavali.

“Kerajaan juga bersetuju meluluskan diskaun tol 50 peratus untuk dua hari sempena perayaan Deepavali,” katanya.

Tambah beliau, SARA juga membantu 8,400 premis serta 2,000 kedai runcit kecil.

Jelasnya, ia akan diperluas supaya lebih banyak kedai runcit kecil di desa dan kedai koperasi dilibatkan serta lebih banyak barang tempatan disenaraikan.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16