STR 2025 bukti kerajaan prihatin, ringankan kos perbelanjaan sekolah anak

BANTUAN Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Satu yang mula diagihkan kepada penerima yang layak pada Rabu disifatkan sebagai bukti keprihatinan kerajaan sekali gus meringankan kos perbelanjaan ibu bapa dalam melengkapkan keperluan persekolahan anak-anak.

Berkongsi kepada wartawan The Malaysia Press, Surianti Beddu, 32, berkata, bantuan yang diterimanya bagi Fasa Satu sebanyak RM500 dengan empat tanggungan anak menunjukkan komitmen Kerajaan Perpaduan untuk memastikan kebajikan rakyat terpelihara mendepani cabaran peningkatan kos sara hidup.

“Alhamdulillah, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana masih meneruskan bantuan untuk rakyat yang kurang berkemampuan meneruskan hidup.

“Sudah pasti ini dapat mengurangkan beban rakyat dalam hal ekonomi kerana kelengkapan harian semakin naik harga dan rezeki ini akan saya gunakan untuk perbelanjaan dapur, menampung separuh perbelanjaan anak masuk bersekolah dan pembayaran yuran selain disimpan untuk kegunaan bulan puasa nanti,” katanya.

Adzlina Marsidin, 41,  juga menzahirkan kegembiraan dan terima kasihnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas bantuan STR yang diteruskan dan meningkat setiap tahun.

“Terima Kasih Perdana Menteri kerana prihatin pada rakyat kerana memudahkan kami yang berkeluarga dalam mengurus perbelanjaan anak terutama yang bersekolah.

“Saya sangat berharap agar bantuan ini sentiasa diteruskan dan ditambah,” katanya.

Bagi seorang ibu tunggal, Norshima Aldam, 30-an, STR yang diterima akan digunakan sebaiknya kerana jelas meringankan perbelanjaan dan kos persekolahan anaknya.

Dia bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan kerana menerima RM500 yang sememangnya dapat digunakan untuk perbelanjaan sekolah anak-anak dan belanja keperluan dapur.

Pada Selasa, Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam kenyataannya berkata, STR Fasa Satu mula disalurkan bermula Rabu melalui pengkreditan dalam akaun bank dan memanfaatkan hampir sembolan juta penerima.

Jumlah bantuan berkenaan meningkat RM2.3 bilion berbanding RM2.1 bilion tahun lalu dan akan mula disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) berperingkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.

Related Posts

Penolakan usul persendirian 40 peratus bukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah – Armizan

PAPAR – Penolakan usul persendirian berkaitan tuntutan 40 peratus Sabah di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini bukan bermakna kerajaan negeri menolak perjuangan tersebut, sebaliknya ia adalah keputusan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita PKR tegur KJ buat kenyataan dari ‘luar pagar’

PUTRAJAYA – Pemimpin Wanita PKR membidas kenyataan Khairy Jamaluddin yang mendakwa UMNO adalah parti lebih kuat dan kurang dikritik berbanding pesaingnya seperti PKR dan Bersatu. Exco Wanita PKR, Farahida Fauzi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

HRPB realisasikan Sekolah Dalam Hospital, pastikan pendidikan pesakit kanak-kanak tidak terhenti

HRPB realisasikan Sekolah Dalam Hospital, pastikan pendidikan pesakit kanak-kanak tidak terhenti

Muafakat penduduk bersihkan Klinik Kuala Mendalam dipuji

Muafakat penduduk bersihkan Klinik Kuala Mendalam dipuji

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

Penolakan usul persendirian 40 peratus bukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah – Armizan

Penolakan usul persendirian 40 peratus bukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah – Armizan

Wanita PKR tegur KJ buat kenyataan dari ‘luar pagar’

Wanita PKR tegur KJ buat kenyataan dari ‘luar pagar’

Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan

Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan