KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dipercayai mengemukakan tuntutan butir matan palsu membabitkan pembekalan bahan mentah untuk penyelenggaraan dan pembaikan sekolah.
Suspek lelaki berumur 40-an itu ditahan pukul 12.30 tengah malam ketika hadir bagi memberi keterangan di SPRM Sabah.
Menurut sumber, perintah reman keatas suspek bermula Jumaat hingga 1 November depan terhadap suspek telah dikeluarkan Majistret Portia Tham Ong Leng.
“Suspek dipercayai mengemukakan dua tuntutan bayaran bernilai RM25,000 dan RM20,000 kepada sebuah Pejabat Pendidikan Daerah di Sabah pada tahun ini.
“Tuntutan bayaran bertujuan membekalkan bahan mentah bagi pembaikan dan penyelenggaran sekolah tetapi pembekalan tidak dilaksanakan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Jelasnya, SPRM Sabah menjangkakan beberapa tangkapan susulan berkaitan kes ini akan dibuat.
Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan
KUANTAN – Penjawat awam Pahang akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji melibatkan peruntukan keseluruhan RM48 juta yang akan dikreditkan dua kali pada tahun hadapan. Berita baik…
Lebih lanjut



