SPRM sita lebih RM100 juta di rumah bekas pegawai kanan PM ke-9

LEBIH RM100 juta wang yang disyaki ada kaitan dengan dana politik telah disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) susulan serbuan terhadap sebuah rumah milik bekas pegawai kanan kepada bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Memetik sumber yang dilaporkan New Straits Times (NST), wang berkenaan ditemui dalam beberapa beg dan peti besi dalam bilik di kediaman itu.

Penyiasat SPRM turut merampas dokumen, barang kemas dan peranti elektronik ketika melakukan serbuan terhadap kediaman itu.

Serbuan terbabit dijalankan SPRM susulan siasatan berterusan dan pemantauan selama beberaa bulan terhadap dakwaan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan bekas pegawai kanan berkenaan.

Penyiasat kini sedang meneliti sumber wang berkenaan, termasuk kemungkinan kaitan dengan dana politik.

Sumber itu berkata, siasatan yang dijalankan menjurus kepada peranan dimainkan bekas pegawai kanan berkenaan terhadap dana yang dirampas.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan penahanan empat orang yang berkhidmat sebagai pegawai kanan Ismail Sabri ketika menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata, keempat-empat mereka ditahan bagi membantu siasatan berhubung kemungkinan rasuah dan pengubahan wang haram.

Walaupun dia tidak menyatakan jumlah sebenar wang yang terlibat, Azam berkata, ia adalah ‘jumlah yang besar’.

Ismail Sabri dimasukkan ke sebuah hospital di Kota Damansara selepas rebah di rumah pada pagi Sabtu.

Setiausaha Akhbarnya, Azran Fitri Rahim, berkata kejadian itu berlaku disebabkan tekanan darah tinggi dan beliau kini dalam keadaan stabil.

Related Posts

Mansuh SJKC pemikiran sempit, tidak berasas

PUTRAJAYA – Cadangan menutup Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) disifatkan tidak masuk akal dan mencerminkan pemikiran yang sempit selain tidak mengambil kira fakta dan realiti pendidikan di Malaysia. Exco Pemuda…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC banteras 18,192 kandungan, iklan jelik sejak 2022

KUALA LUMPUR – Sebanyak 18,192 kandungan bersifat jelik, termasuk iklan di platform media sosial sudah diturunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dari 2022 sehingga 15 Januari lalu. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mansuh SJKC pemikiran sempit, tidak berasas

Mansuh SJKC pemikiran sempit, tidak berasas

Sanusi mohon maaf kepada Amirudin di mahkamah

Sanusi mohon maaf kepada Amirudin di mahkamah

Gagal kemuka lesen, KPDN Perak rampas 96 unit LPG bernilai RM8,457.60

Gagal kemuka lesen, KPDN Perak rampas 96 unit LPG bernilai RM8,457.60

Polisi hukuman terhadap pemilik kargo lebih muatan sedang dikaji MOT

Polisi hukuman terhadap pemilik kargo lebih muatan sedang dikaji MOT

Kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut di peringkat kajian, pastikan tiada kelompongan berlaku

Kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut di peringkat kajian, pastikan tiada kelompongan berlaku

Suspek belasah OKU didenda RM2,000

Suspek belasah OKU didenda RM2,000