SPRM nafi dakwaan James Chai, siasatan ikut prosedur standard

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan bekas pembantu kepada Datuk Seri Rafizi Ramli, Chai Jin Shern atau James Chai yang cuba menggambarkan dirinya sebagai mangsa tindakan penguatkuasaan oleh agensi berkenaan.

Menerusi satu kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan dakwaan yang dibuat individu terbabit adalah tidak tepat, mengelirukan serta memberi gambaran salah kepada masyarakat mengenai prosedur siasatan yang dilaksanakan suruhanjaya itu.

“Dakwaan (James Chai) bahawa sidang media tersebut (oleh SPRM) diadakan semata-mata untuk menyasarkan James Chai adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

“Sidang media yang dirujuk merupakan sidang media bulanan SPRM yang diadakan secara berkala bagi memaklumkan kepada pihak media mengenai perkembangan beberapa siasatan yang sedang berjalan,” menurut kenyataan itu.

Menurut SPRM, antara kes yang disentuh dalam sidang media berkenaan ialah Op Middlemen, kes e-waste haram yang membabitkan siasatan terhadap Jabatan Alam Sekitar, Op Heart yang melibatkan siasatan terhadap IJM Corporation Berhad serta Op Godfather yang berkaitan kes Toh Puan Nai’mah Ab Khalid bersama ahli keluarga dan sekutunya.

SPRM menjelaskan pengeluaran Notis Mengesan Individu atau saksi merupakan prosedur siasatan standard yang dilaksanakan oleh suruhanjaya itu serta agensi penguatkuasaan lain.

Menurut kenyataan itu, notis berkenaan hanya dikeluarkan selepas usaha menghubungi individu terbabit, termasuk melalui panggilan telefon, lawatan ke alamat terakhir atau kaedah munasabah lain, gagal.

“Perlu ditegaskan bahawa Notis Mengesan bukan satu tuduhan jenayah dan tidak membawa sebarang kesimpulan bahawa individu berkenaan telah melakukan kesalahan. Ia satu langkah bagi mengesan individu yang diperlukan untuk membantu siasatan.

“Dalam siasatan ini, seramai 12 individu termasuk seorang Menteri Persekutuan telah dipanggil dan kesemua telah memberikan kerjasama kepada SPRM. Sekiranya James Chai tiada apa yang hendak disembunyikan, beliau harus tampil untuk memberi kerjasama,” menurut kenyataan itu.

SPRM memaklumkan sebelum Notis Mengesan Individu dikeluarkan, pegawai penyiasat telah membuat beberapa percubaan untuk menghubungi James Chai yang dikesan berada di United Kingdom termasuk melalui WhatsApp bermula 24 Februari lalu, namun tidak menerima sebarang maklum balas.

“Setelah beberapa percubaan untuk menghubunginya tanpa respons, akhirnya nombor pegawai penyiasat telah disekat (block) oleh talian kepunyaan James Chai pada 26 Feb.

“Dakwaan bahawa SPRM tidak cuba menghubungi beliau sebelum mengeluarkan notis tersebut adalah tidak benar sama sekali dan cubaan menggambarkan prosedur lazim sebagai zalim adalah tidak wajar serta berniat jahat,” menurut kenyataan itu.

SPRM menegaskan tiada sesiapa yang berada di atas undang-undang dan proses siasatan profesional berasaskan bukti akan diteruskan, selain mengingatkan individu yang dipanggil membantu siasatan supaya memberikan kerjasama penuh serta tidak mengelak atau mewujudkan naratif awam yang mengelirukan.

Related Posts

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

KUALA LUMPUR – Status sebahagian kawasan di Pulau Sebatik, Sabah yang didakwa menjadi milik Indonesia masih belum dimuktamadkan dan kekal sebagai ‘grey area’. Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Raden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis tenaga global dorong fokus perkukuh sektor pertanian – Akmal

PUTRAJAYA – Kerajaan perlu mempergiat usaha memperkukuh sektor pertanian dan perladangan bagi memastikan keterjaminan makanan negara terus terpelihara susulan krisis tenaga global yang semakin meruncing. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

UMNO timbang gerak solo PRN Melaka

UMNO timbang gerak solo PRN Melaka

Peralihan biodiesel B10 ke B15 boleh dilaksana tanpa ganggu operasi sedia ada

Peralihan biodiesel B10 ke B15 boleh dilaksana tanpa ganggu operasi sedia ada

Masjid Al-Azim Debak rasmi dibuka, perkukuh pembangunan ummah setempat

Masjid Al-Azim Debak rasmi dibuka, perkukuh pembangunan ummah setempat

Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang

Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang