SPR tubuh dua unit penguat kuasa kempen di Nenggiri

GUA MUSANG – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan dua pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya bagi memantau aktiviti calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun mengingatkan calon yang membayar deposit bahan kempen pilihan raya adalah tertakluk kepada undang-undang kecil mana-mana pihak berkuasa tempatan sebagaimana diperuntukkan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).

Ia termasuk bagi tujuan mempamer dan mengedarkan bahan kempen pilihan raya yang mengandungi gambar calon, lambang atau simbol parti dan gambar pemimpin parti gabungan atau komponen secara bersama atau berasingan yang diwakili mereka.

“Semua kaedah dan bahan kempen adalah dibenarkan selagi tidak mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati, permusuhan atau berunsur perkauman dan menyentuh sensitiviti keagamaan termasuk isu 3R iaitu kaum, agama dan institusi diraja serta tidak melanggar Akta 5 dan undang-undang berkaitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon Pas, Mohd Rizwadi Ismail.

Sementara itu, tempoh berkempen selama 14 hari bermula hari ini hingga 11.59 malam 16 Ogos.

Ramlan berkata, SPR berharap agar aktiviti berkempen berjalan dalam suasana penuh harmoni dengan mengikut undang-undang dan peraturan ditetapkan.

“SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan lancar pada hari ini.

“Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Insolvensi Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Penerangan Malaysia, media dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung,” katanya.

Related Posts

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

JOHOR BAHRU – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan keputusan berhubung pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hanya akan diputuskan selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim serta Tunku…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

DALAM suasana politik negara yang semakin mencabar, rakyat hari ini semakin matang menilai antara perjuangan sebenar demi kestabilan negara dengan retorik politik yang hanya menanam kebencian dan perpecahan sesama umat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO