SPR nafikan dakwaan pengawasan luar biasa sasar mana-mana parti

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menolak dakwaan bahawa Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) memberi tumpuan kepada mana-mana parti atau calon tertentu semasa menjalankan tugas pemantauan.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, dakwaan sedemikian adalah tidak benar kerana tugas pasukan itu adalah melakukan pemantauan menyeluruh terhadap semua aktiviti kempen mengikut peruntukan undang-undang.

“Pasukan penguat kuasa ini tidak memberi tumpuan khusus ataupun menyasarkan mana-mana parti mahupun pihak-pihak tertentu.

“Tuduhan tersebut sebaliknya adalah tidak benar,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, PPKPR berperanan memastikan calon mematuhi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 sepanjang kempen, termasuk menasihati semua pihak agar mematuhi peraturan sedia ada.

Beliau turut menggesa mana-mana individu atau pihak yang mempunyai keraguan atau maklumat salah laku supaya mengemukakan aduan rasmi kepada pihak berkuasa.

“SPR sentiasa mengingatkan semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya ini untuk terus mematuhi undang-undang bagi memastikan keamanan dan integriti pilihan raya dapat dilaksanakan dengan berkesan,” katanya.

Related Posts

RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

  • By Siti
  • April 21, 2026
Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas