‘Spark plug’ PN tak terbakar, jadi ‘back fire’ memakan diri

BERAKHIR sudah Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota yang menyaksikan calon Kerajaan Perpaduan, Syed Hussien Syed Abdullah dari Barisan Nasional (BN) yang menang dengan majoriti besar, 20,648 undi.

Beliau telah pun memulakan tugas sebagai wakil rakyat dengan menyantuni rakyat Mahkota hari ini. BN dan Pakatan Harapan (PH) pula masih gembira meraikan kemenangan sambil Perikatan Nasional (PN) berduka menangisi kekalahan teruk di kesemua 18 pusat daerah mengundi pada PRK kali ini.

Menyorot kembali perjalanan dua minggu kempen PRK ini, ia berlangsung dalam keadaan tenang dan harmoni walaupun tiga kali PN cuba membuat ‘spark plug’ namun ianya tidak terbakar menjadi api.

BN dan PN masing-masing memasang strategi dengan BN mengatur gerak langkah berkempen ‘Cara Johor’ mengikuti saranan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang juga Pengarah PRK Kerajaan Perpaduan untuk DUN Mahkota.

PN menyandarkan harapan kepada kredibiliti Haizan Jaafar, 61, seorang jurulatih bolasepak untuk merampas DUN Mahkota, telah menggunakan strategi kempen adu domba yang cuba mengganggu gugat perasaan pengundi Melayu dan Cina.

Pada peringkat awal berkempen, PN rancak memainkan kontroversi antara Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Salleh dengan pemimpin DAP, Teresa Kok untuk terus membakar api perkauman antara kaum Cina dan Melayu sekali gus tidak mengundi calon BN atau memulaukan sahaja PRK ini.

Malah, apabila tersebarnya surat layang bertulisan Cina yang mendesak kaum Tionghua memboikot PRK kali ini, PN cuba mengambil kesempatan untuk memanipulasi situasi dengan cuba meniup api kebencian terhadap kaum Melayu khususnya orang UMNO terhadap DAP.

Pakar ‘psywar’ PN, Chegubard dalam sidang medianya mendakwa surat layang itu adalah ciptaan DAP sendiri yang cuba membaling batu sembuyikan tangan sekali gus menuduh PN pula yang bertanggungjawab menyebarkannya.

Tanpa disangka, Chegubard mengalihkan isu dengan menghasut bahawa orang Melayu atau ahli UMNO sepatutnya marah kerana DAP cuba sabotaj Syed Hussien dalam PRK ini kerana tidak selesa dengan BN.

Namun ‘spark plug’ pertama PN ini tidak menjadi dan berlalu seperti angin sahaja lantaran kerja keras Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi dari DAP, memberi pencerahan kepada masyarakat Tionghua sekali gus menambat hati mereka mengundi calon BN.

PN yang ketandusan modal politik di samping kelemahan karisma Haizan atau mesra disapa sebagai Coach Haizan, mula melancarkan ‘spark plug’ kedua untuk menghasut orang Melayu khususnya ahli UMNO membenci parti itu.

Bermodalkan hantaran Facebook Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang melaungkan Hidup UMNO, Hidup BN di negara China, PN telah membuat laporan polis kononnya UMNO sudah menjadi sebuah parti yang sedang menularkan fahaman komunis kepada orang Melayu.

Laporan polis telah dibuat oleh PN yang diketuai Pengerusi PN Johor, Dr Sahruddin Jamal bahawa Mohd Puad telah membawa pemimpin parti itu ke China untuk lawatan sambil belajar.

“Kita lihat dia membawa beberapa pemimpin UMNO ke sana dan melihat politik di negara Cina. Kita sedia maklum bahawa negara China berideologi komunis,” katanya kepada media dalam satu sidang media.

Bagaimanapun ‘spark plug’ itu disambut sinis dan menjadi bahan ketawa para pengundi di Mahkota.

“Takkanlah UMNO ni terlalu bodoh nak buat macam tu, itu lawatan sambil belajar ke China, kenapa ia menjadi bahan kempen PN. Tak Masuk akal dan memang kelakar.

“Nampak sangat PN sudah terdesak, bankrap idea, tandus modal politik sehingga membuat laporan polis, ini satu fitnah dan kempen murahan PN,” demikian kata seorang pengundi DUN Mahkota yang ditemui.

Belum pun reda, PN telah melancarkan ‘spark plug’ ketiga yang langsung memakan diri apabila membuat fitnah terhadap Syed Hussien kononnya memiliki rekod jenayah.

Namun, pihak polis telah membuat pencerahan bahawa Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang itu bebas daripada rekod jenayah dan lebih melucukan selepas itu PN mengakui mereka telah membuat tuduhan sembrono susulan menerima maklumat daripada sumber yang tidak diyakini.

‘Spark plug’ yang mahu menyemarakkan api kebencian kepada BN akhirnya menjadi ‘back fire’ kepada kem PN yang seperti hilang arah menuju saat akhir tempoh berkempen.

Bagi BN pula, cukup sekadar bermodalkan kata-kata ini, “Kedua-dua calon yang bertanding adalah yang terbaik tetapi pilihlah calon yang terbaik yang selari dengan hasrat Kerajaan Negeri Johor,” demikian kata Menteri Besar setiap kali berkempen bertemu pengundi.

Akhirnya, rakyat Mahkota menterjemahkan pilihan mereka dengan memberi kemenangan kepada Syed Hussien yang meraih 27,941 undi, manakala Coach Haizan hanya menerima 7,332 undi.

Related Posts

Skandal bertimpa di Kedah: – Bersih yang dilaung, berdebu yang terburai

POLITIK Kedah minggu-minggu kebelakangan ini memang hangat dan bukan hangat kerana dasar atau idea, tetapi kerana satu demi satu kes mahkamah yang menyeret pemimpin negeri Merong Mahawangsa itu ke muka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Asrama YT Kemaman dinaik taraf? Propaganda UPDI gagal

KENYATAAN terbaru Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) kononnya “AYTK dinaik taraf menjadi Sekolah Imtiaz dan penempatan pelajar terjamin” bukan sahaja longgar, malah mengesahkan satu perkara penting:kerajaan negeri sebenarnya cuba…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam