Sokongan semula kepada Tun M bukti Tun Faisal tidak konsisten – Puad

KRITIKAN oleh Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz terhadap jalinan kerjasama UMNO dan Pakatan Harapan dilihat umpama menempelak dirinya sendiri.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, ini kerana laungan Tun Faisal sejak dahulu lagi menyatakan dia sentiasa konsisten sama sekali tidak bertepatan apabila kini turut menjalinkan hubungan bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahatathir Mohamed.

Menurut Puad, sindiran Tun Faisal terhadap Kerajaan Perpaduan ketika ini tidak masuk akal kerana perkara sama juga pernah dilakukan Bersatu ketika menjadi kerajaan.

“Dalam politik, bila ada orang dabik dada dia konsisten, sebenarnya dia paling tidak konsisten. Contohnya Tun Faisal. Semua tahu apa dia kejar bila melompat masuk Bersatu. Tidak perlu tulis berjela-jela.

“Tidak habis habis bawa cerita DAP. Walhal Pas dan Bersatu masing-masing ada sejarah bersama DAP,” katanya di laman Facebook beliau, hari ini.

Malah, menurut Puad, ketika bersama UMNO, Tun Faisal sendiri lantang mengkritik Mahathir.

“Semasa cari makan dengan Menteri kerajaan PN, Tun Faisal membalun teruk Mahathir (dijatuhkan oleh rakan sekongkolan dalam Sheraton Move).

“Sekarang dia cium balik Mahathir yang mereka ramai-ramai nobat sebagai ‘payung Melayu’, adakah beliau dianggap konsisten?” soalnya.

Related Posts

Naim komited perkasa keusahawanan, pelancongan Kinabatangan

KINABATANGAN – Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Naim Kurniawan Moktar komited memperkasa sektor keusahawanan dan pelancongan di Kinabatangan sekiranya diberi mandat sebagai Ahli Parlimen kawasan itu. Naim berkata, usaha berterusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Miha optimis BN menang di Kinabatangan, Lamag

KINABATANGAN – Calon BN DUN Lamag, Mohd Ismail Ayob (Miha) optimis BN akan terus menerajui Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag. Beliau berkata, perkara itu berdasarkan maklum balas positif pengundi yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi