SMK Merbau terima sumbangan peralatan digital, sokong aspirasi MADANI

MIRI – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau menerima dua unit Interactive Smart Board dan sebuah projektor multimedia hasil sumbangan Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man menerusi inisiatif Projek Mesra Rakyat Parlimen Miri.

Sumbangan tersebut merupakan langkah memperkasa infrastruktur pendidikan digital di Miri seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI untuk melahirkan generasi celik teknologi yang mampu bersaing dalam era digital masa kini.

“Peralatan ini lengkap dengan sistem Android dan Windows serta paparan 4K UHD, membolehkan pendekatan pengajaran yang lebih interaktif dan berkesan,” katanya ketika mengadakan lawatan ke sekolah berkenaan, semalam.

Beliau turut menekankan pentingnya akses pendidikan berkualiti yang saksama kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang atau lokasi.

“Anak-anak kita baik di bandar mahupun luar bandar berhak menikmati kemudahan pendidikan yang setanding bagi membolehkan mereka bersaing di peringkat global,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau mengakui kekangan peruntukan menjadi cabaran utama dalam memperluas sumbangan seumpamanya ke lebih banyak sekolah.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar kerajaan merangka pelan jangka panjang bagi memperkukuh pendigitalan pendidikan, khususnya di kawasan luar bandar.

“Pendidikan digital kini merupakan keperluan asas. Jurang digital antara sekolah bandar dan luar bandar perlu ditangani segera bagi menjamin keadilan dalam akses ilmu,” tegasnya.

Tambahnya lagi, beliau komited membawa isu ini ke Parlimen agar pendigitalan pendidikan dijadikan agenda utama nasional.

Antara cadangan yang bakal diketengahkan ialah penyediaan bilik darjah pintar, capaian internet berkelajuan tinggi, latihan pedagogi digital kepada guru serta penyelarasan kandungan digital mengikut kurikulum kebangsaan.

Beliau optimis dengan kerjasama semua pihak dan perancangan menyeluruh, Malaysia mampu membina sistem pendidikan MADANI yang inklusif, progresif dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM