
Skim Perubatan MADANI kini diperluas kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di seluruh daerah melalui klinik swasta terpilih yang berdaftar.
Skim ini membantu golongan B40 mendapatkan rawatan pesakit luar untuk masalah kesihatan akut di klinik swasta secara percuma. Ia adalah inisiatif kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memudahkan akses rawatan kesihatan asas kepada golongan berpendapatan rendah.
Secara dasar, di bawah skim tersebut, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan secara percuma di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI bagi mengurangkan beban kos rawatan kesihatan di samping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.
Ini bermaksud, anda yang layak boleh pergi ke klinik swasta dan mendapatkan rawatan PERCUMA melalui skim ini – Cuma perlu bawa IC je!
Jenis Rawatan Percuma Skim Perubatan MADANI
Rawatan pesakit luar kes-kes akut merangkumi:
- Demam dan selsema
- Cirit-birit dan muntah
- Terseliuh
- Sakit kepala
- Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain
Rawatan yang tidak termasuk adalah:
- Imunisasi rutin
- Saringan kesihatan
- Rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin
- Rawatan susulan ibu dan anak rutin
- Perancangan keluarga rutin
- Perkhidmatan rehabilitasi
- Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor
- Permintaan suplemen
| KATEGORI (BAGI PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH) | JUMLAH KOS RAWATAN YANG DITANGGUNG (RM) |
| Isi rumah berkeluarga | RM250 |
| Warga emas (tanpa pasangan) – 60 tahun ke atas | RM125 |
| Bujang – 21-59 tahun – 19-59 tahun (bujang berstatus OKU) | RM75 |
Syarat Kelayakan
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang adalah layak secara automatik.
Kelayakan untuk penyertaan dalam Skim Perubatan MADANI adalah automatik berdasarkan kriteria yang ditetapkan iaitu penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan tanggungan mereka yang berdaftar. Tiada pendaftaran diperlukan.
Adakah anda penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?
Mereka yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.


Semakan Kelayakan
KAEDAH SEMAKAN 1 – MELALUI LAMAN WEB PROTECT HEALTH
Semak kelayakan anda melalui laman sesawang berikut: https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/

KAEDAH SEMAKAN 2 – MELALUI MYSEJAHTERA
Bagi pengguna MySejahtera, anda juga boleh terus membuat semakan kelayakan melalui aplikasi tersebut.
Paparan seperti di bawah akan muncul pada Home page MySejahtera anda:

Semakan kelayakan secara online juga boleh dibuat melalui pautan berikut : https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/

Sekiranya layak, anda boleh mendapatkan rawatan percuma mengikut kategori kelayakan anda.
Sila rujuk senarai klinik yang berdaftar di bawah skim ini melalui carian berikut:
Penerima STR yang layak di seluruh Malaysia boleh mendapatkan rawatan akut di klinik-klinik swasta yang berdaftar dengan ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) di 10 daerah terpilih, iaitu:
- W.P. Kuala Lumpur
- Gombak, Selangor
- Hulu Langat, Selangor
- Petaling, Selangor
- Klang, Selangor
- Johor Bahru, Johor
- Kinta, Perak
- Timur Laut, Pulau Pinang
- Kota Kinabalu, Sabah
- Kuching, Sarawak

Anda boleh membuat carian klinik yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI terdekat dengan anda dengan mengikuti langkah berikut:
- Layari pautan laman web rasmi ProtectHealth : https://www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani
- Tekan butang ‘Cari Klinik Skim Perubatan MADANI’
- Masukkan maklumat Negeri, Daerah dan Bandar. Tekan butang ‘Cari’
- Senarai nama klinik panel Skim Perubatan MADANI akan tertera di skrin


Cara Mendapatkan Rawatan Percuma Skim Perubatan MADANI
- Langkah 1, Semak Kelayakan: Semak kelayakan anda di pautan https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani-ms/
- Langkah 2, Hadir Ke Klinik: Hadir ke mana-mana GP yang berdaftar dengan Skim Perubatan_MADANI (boleh dikenalpasti dengan pelekat khas) dengan membawa kad pengenalan. Cari Klinik
- Langkah 3, Terima Rawatan: Jika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara PERCUMA.
- Langkah 4, Baki Manfaat: Had manfaat anda akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan.
*Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd., seperti yang dinyatakan di laman web rasmi.

Cara Semakan Baki
Baki had manfaat kelayakan boleh disemak melalui Klinik Perubatan Swasta sewaktu lawatan untuk mendapatkan rawatan dilakukan.
- Semakan boleh dibuat secara online melalui aplikasi Skim_Perubatan_MADANI
- Mesej/SMS akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan selepas rawatan yang dilakukan.
- Boleh menghubungi talian di +603-8687 2525.

Muat turun aplikasi SkimPerubatanMadani di Android : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.protecthealth.spmadani&hl=ms
Muat turun aplikasi SkimPerubatanMadani di Apple Store: https://apps.apple.com/no/app/skimperubatanmadani/id6469766597


Maklumat Lanjut
Layari laman sesawang di bawah untuk maklumat lanjut
- Laman Rasmi Skim Perubatan MADANI
- Portal Manfaat : https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/skim-madani.html
- Facebook : ProtectHealth Corporation









