Skandal Nafas: Mat Sabu sedia disiasat SPRM

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memberi jaminan akan memberi kerjasama penuh kepada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas).

Kata Mohamad beliau dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) terbuka untuk bekerjasama bagi melengkapkan siasatan SPRM.

“Bang Mat mengalu-alukan siasatan oleh SPRM yang kini dijalankan ke atas Nafas.

“…dan memberi jaminan KPKM akan memberi sepenuh kerjasama kepada pihak SPRM untuk melengkapkan siasatan mereka,” katanya dalam catatan di Facebook pada Ahad.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas tidak akan menghalang dan masuk campur dalam siasatan terhadap Nafas serta Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) oleh pihak berkuasa termasuk SPRM.

Untuk rekod, Nafas kini terpalit dakwaan penglibatan kartel dalam pengedaran dan pembekalan kontrak baja padi.

Menurut Anwar, pihak berkuasa mempunyai hak untuk menjalankan siasatan terhadap mana-mana agensi kerajaan.

“Saya dah lama marah kepada kartel ini, kartel ini maknanya apa? Kelompok kecil jaga dia (sesama mereka) bukan jaga rakyat.

“Siapa sahaja tanpa terkecuali, kalau ada kes, SPRM masuk. Kalau kes jenayah, PDRM (akan) masuk, tak kira dia jabatan apa, pangkat apa, syarikat kerajaan ka atau syarikat swasta.

“Nafas betul bebas tetapi di bawah pengawasan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan” katanya.

Anwar juga menegaskan beliau tidak akan menghalang sebarang bentuk siasatan melibatkan Khazanah Nasional Bhd.

Katanya, meskipun beliau mempengerusikan Khazanah, beliau tidak akan menghentikan sebarang siasatan berkaitan kes lalu atau sekarang.

“Ada saja laporan, sama ada Perdana Menteri pengerusi ataupun tidak.

“Kalau salah siasat, kalau salah dakwa, kalau salah hukum, saya tidak peduli. Baru kita boleh perintah dengan adil,” katanya.

Related Posts

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan MADANI komited memastikan pembangunan dan kebajikan rakyat Sabah terus diberi perhatian melalui pelaksanaan dasar serta bantuan yang lebih berkesan di peringkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

TIMBALAN Pengerusi Ulama UMNO, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali tampil menegur kenyataan berkaitan sejarah para sahabat Nabi Muhammad SAW yang mengelirukan susulan ucapan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang