Siti nafi terima bayaran nyanyi di majlis KKM

DATUK Seri Siti Nurhaliza menjelaskan kehadirannya dalam Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kelmarin adalah sebagai tetamu, bukannya selaku artis undangan rasmi persembahan.

Menerusi hantaran di Instagram, Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 46, menafikan dakwaan beliau dibayar untuk membuat persembahan pada acara itu.

“Saya datang ke majlis KKM sebagai tetamu dan bukan artis yang diundang membuat persembahan.

“Saya menyanyi kerana mahu menghargai warga KKM, atas rela hati dan tanpa bayaran,” katanya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, beliau tampil membuat penjelasan mengenai isu berkenaan bagi memastikan tiada pihak menyebarkan fitnah yang mengaitkan dirinya.

“Saya tidak mahu lebih ramai memanjangkan fitnah apabila nama saya dipetik dalam berita atas nyanyian saya di majlis semalam.

“Penjelasan ini penting supaya anda tidak membuat penulisan, berita dan menyebarkan nama atau gambar saya dengan sesuatu tidak sahih beritanya,” ujarnya.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menerusi hantaran di X turut mengesahkan bahawa artis tersebut hadir sebagai tetamu dan membuat persembahan tanpa bayaran.

Menurutnya, ia bagi menghormati peranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pekerja kesihatan KKM dan tetamu lain yang merupakan sebahagian ekosistem penjagaan kesihatan negara.

“Kritikan yang diterima adalah adil. Semoga ini menjadi peringatan kepada semua.

“Kami akan terus berusaha menangani isu sistemik untuk pekerja kesihatan kami, itu komitmen saya,” ujarnya.

Related Posts

M Nasir pencipta dengan pendapatan tertinggi

KOMPOSER dan ‘sifu’ dalam industri muzik tanah air, Datuk M Nasir diumumkan sebagai Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi di Anugerah MACP 2025 yang berlangsung malam tadi. M Nasir dalam ucapan kemenangannya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Legenda Bollywood, Dharmendra tutup usia

DUNIA perfileman Bollywood kehilangan satu permata seni apabila pelakon veteran, Dharmendra disahkan meninggal dunia pada usia 89 tahun di kediamannya di Juhu, India. Berita pemergian beliau dikongsikan pengarah terkenal, Karan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

Regatta Lingga 2025 medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025  medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

  • By Fatin
  • December 13, 2025
Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM