Silat bantu proses pembentukan jati diri

KUANTAN – Kegiatan ko-kurikulum penting dalam membentuk disiplin diri dan keberanian dalam kalangan generasi muda.

Ahli Majlis Bandaraya Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi berkata, melalui kegiatan kecergasan juga dapat meningkatkan keyakinan dan semangat bekerjasama.

“Setiap ibu bapa yang menghantar anak mereka mengikuti aktiviti ko-kurikulum seperti silat, berhasrat membentuk jati diri dalam kalangan anak mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Adat Perlimau Ujian Kenaikan Bengkung Perdana Gelanggang Daerah Kuantan dan Penyampaian Penerimaan Bengkung Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) Negeri Pahang.

Hadir sama Pengerusi PSSGM Pahang, Kassim Samad dan Timbalannya, Ahmad Tajuddin Othman,

Fakhrul Anuar berkata, setakat ini jumlah ahli PSSGM peringkat daerah Kuantan sudah mencecah 3,000 orang.

“Kebanyakan ahli atau pesilat ini menunjukkan karakter yang berkeyakinan tinggi dan memiliki disiplin yang baik.

“Ini semua menepati setiap gerak langkah dipelajari mereka melalui kelas silat disediakan pihak PSSGM,” katanya.

Selain pelajar sekolah, ahli PSSGM juga terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi dan golongan dewasa yang meminati aktiviti kecergasan dan bela diri.

Related Posts

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

KRIAN – Penduduk luar bandar di kawasan Nanga Atoi, Awik kini boleh menarik nafas lega apabila bakal menikmati kemudahan perubatan yang lebih baik susulan siapnya projek pembinaan Klinik Kesihatan Nanga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

LIMBANG – Pengguna jalan raya yang melalui Jalan RPR Batu Biah (RAP 62N) dimaklumkan akan berlaku lencongan jalan sementara bermula 2 hingga 4 Mei ini. Menurut notis yang dikeluarkan, penutupan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China