Siasat nahas korbankan anggota FRU secara menyeluruh – PMX

PUTRAJAYA – Pihak berkuasa diarah untuk menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kemalangan jalan raya yang meragut nyawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, pagi tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, siasatan terperinci amat penting bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian selain dapat memastikan langkah keselamatan yang lebih baik serta holistik dapat diambil pada masa akan datang.

“Pihak berkuasa diseru untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh serta menyalurkan bantuan yang sewajarnya kepada mangsa dan ahli keluarga yang terlibat,” katanya menerusi kenyataan, pada Selasa.

Dalam pada itu, Anwar turut menzahirkan rasa dukacita atas insiden tersebut yang melibatkan pengorbanan anggota keselamatan ketika menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada negara.

Beliau yang juga Menteri Kewangan mendoakan agar semua yang cedera dalam insiden tersebut segera diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan mereka.

“Salam takziah diucapkan kepada keluarga anggota-anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Teluk Intan, pagi tadi.

“Rakyat Malaysia bersama-sama kita mendoakan kesejahteraan anggota keselamatan yang terlibat, sebagai tanda solidariti kepada mereka yang banyak berbakti kepada negara,” katanya.

Terdahulu, insiden kemalangan tersebut difahamkan berlaku ketika konvoi anggota FRU sedang dalam perjalanan menjalankan tugasan rasmi.

Setakat ini, sembilan anggota disahkan maut dalam nahas jalan raya melibatkan trak yang mereka naiki dengan sebuah lori muatan batu kerikil, pagi ini.

Sementara itu, sembilan anggota FRU lain disahkan cedera dalam kejadian itu, yang berlaku di Jalan Chikus-Sungai Lampan, Perak.

Menurut Ketua Cawangan dan Pengurusan Operasi dan Balai JPBM Perak Shazlean Mohd Hanafiah, lapan daripada mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian sementara dua lagi di Hospital Teluk Intan.

Related Posts

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

PUTRAJAYA – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mengecam tindakan pihak yang cuba membentuk persepsi seolah-olah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak secara salah dalam siasatan melibatkan saksi kes rasuah, Albert Tei…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

KUANTAN – Penjawat awam Pahang akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji melibatkan peruntukan keseluruhan RM48 juta yang akan dikreditkan dua kali pada tahun hadapan. Berita baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah