Siasat dakwaan Azam miliki saham, bukan Bloomberg

SHAH ALAM – Polis digesa menumpukan siasatan terhadap dakwaan pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, bukannya kepada proses penerbitan laporan oleh Bloomberg.

Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, fokus siasatan seharusnya terarah kepada kandungan dakwaan terbabit agar segala persoalan dijawab secara telus dan meyakinkan rakyat.

“Jika ada dakwaan, siasat dakwaan. Jangan tumpu kepada proses penerbitannya. Kita hendak dan rakyat hendak intipati dakwaan itu disiasat, bukan hanya bagaimana laporan diterbitkan.

“Bak kata orang putih ‘You don’t want to shoot the messenger’. Kita mahu SPRM dan semua agensi dalam negara benar-benar menjadi benteng pertahanan kita semua,” katanya menerusi satu hantaran video.

Sabtu lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar memaklumkan, polis sudah membuka kertas siasatan berhubung penyiaran artikel oleh Bloomberg yang didakwa mengandungi ‘kenyataan berunsur fitnah’ terhadap Azam.

Siasatan itu dijalankan mengikut peruntukan kesalahan menurut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, iaitu memfitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Nurul Izzah menambah, pendekatan terbabit amat penting bagi mengekalkan keyakinan rakyat dan pelabur terhadap sistem tadbir urus serta institusi penguatkuasaan negara.

Menurutnya, Malaysia mencapai banyak kemajuan dalam mengukuhkan ekonomi dan menarik pelabur, sekali gus inilah saat penting memperkukuh lagi langkah-langkah tadbir urus.

Mengulas isu penggantungan, beliau berkata, persoalan utama ketika ini adalah memastikan siasatan berjalan secara adil dan tidak dilakukan secara sembrono terhadap mana-mana pihak.

“Kita tidak mahu usaha terhenti hanya kepada merawat tanpa usaha untuk mencegah.

“Kalau pengadil bola pun ada ‘referee assessor’ takkanlah badan besar seperti SPRM tak ada pemantauan yang ada kuasa audit luaran,” ujarnya.

Related Posts

Sultan Ibrahim berangkat ke Rusia atas jemputan khas Putin

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Moscow atas jemputan khas Rusia menjelang sambutan Ulang Tahun Hari Kemenangan, pada 9 Mei ini. Menurut hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kuota jemaah haji Malaysia musim ini ditutup

KUALA LUMPUR – Kuota haji Malaysia bagi musim ini ditutup sepenuhnya selepas semua 31,600 tempat berjaya diisi. Ia sekali gus menamatkan peluang terakhir kepada jemaah dalam senarai menunggu untuk menunaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Penduduk Sungai Apin nikmati fasiliti sukan lebih selesa

Penduduk Sungai Apin nikmati fasiliti sukan lebih selesa

Anggota PDRM Sabah diseru perkukuh pengurusan kewangan, kesihatan mental

Anggota PDRM Sabah diseru perkukuh pengurusan kewangan, kesihatan mental

Penyelarasan antara agensi pastikan Pan Borneo Sabah siap ikut jadual – Hajiji

Penyelarasan antara agensi pastikan Pan Borneo Sabah siap ikut jadual – Hajiji