Siapa Hadi label orang lain sebagai Dajjal, soal Khairuddin

TINDAKAN Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang melabel pemimpin dan parti tertentu sebagai ‘Dajjal’ adalah sangat mengelirukan.

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, tuduhan Abdul Hadi kononnya kerajaan menggunakan ‘kebendaan’ sebagai alat mendapatkan sokongan politik adalah tuduhan yang pelik.

“Dalam politik Islam, pembangunan fizikal untuk rakyat adalah kewajipan kerajaan yang memerintah.

“Ia adalah prinsip asas dalam politik Islam.

“Banyak ayat al-Quran dan al-Hadis yang menegaskan prinsip ini,” jelasnya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mohd Khairuddin dalam masa sama turut mengingatkan Abdul Hadi mengenai punca kerusi Parlimen Kemaman perlu dilakukan pilihan raya semula tahun lalu.

“Presiden Pas (mungkin) terlupa bahawa kemenangan ahli Parlimen mereka di Kemaman dibatalkan Mahkamah Pilihan raya pada 26 September 2023 kerana terdapat sogokan di beberapa majlis rasmi Kerajaan Negeri Terengganu melalui dana bantuan i-Belia dan i-Siswa.

“Begitu juga kemenangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu… turut dibatalkan Mahkamah Pilihan raya pada 27 Jun 2023 dengan alasan yang sama… iaitu wujudnya unsur rasuah dalam kempen pilihan raya umum ke-15,” katanya.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus itu menjelaskan, dalam persaingan demokrasi moden, kejayaan menguruskan pembangunan negara perlu menjadi cagaran bagi rakyat menilai kejayaan sesebuah kerajaan.

Katanya, jika mempromosi kejayaan pembangunan fizikal kepada rakyat dianggap sebagai ‘kebendaan’ yang dipromosi oleh ‘Dajjal’, maknanya Ahli Parlimen Marang itu mempunyai kefahaman yang mengelirukan dalam memahami politik dan pemerintahan Islam.

“Adakah kegagalan pengurusan air untuk rakyat di Kelantan dan kelesuan pembangunan fizikal rakyat Terengganu sejak Pas mengambil alih negeri itu pada 2018 berpunca daripada kefahaman yang keliru ini.

“Moga kita dijauhkan daripada sifat ‘Dajjal’ yang kerjanya menimbulkan pelbagai kefahaman yang mengelirukan tentang Islam,” katanya.

Related Posts

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

“APA yang kau merepek ni, Setan!” dialog legenda Ahmad Nisfu dalam filem Seniman Bujang Lapok ini kini terasa sangat relevan dengan gelagat politik semasa, terutamanya apabila melihat bagaimana PAS bertindak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rundingan kerusi PH Sabah masih berjalan – Ewon

SANDAKAN – Pakatan Harapan (PH) Sabah kini giat mempersiapkan jentera dan strategi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) dengan perundingan kerusi masih berjalan di semua peringkat. Pengerusi PH Sabah, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

  • By Siti
  • July 14, 2025
Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

  • By Siti
  • July 14, 2025
Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka