Shahaniza saman Pemuda Pas Maran

KUANTAN – Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin memfailkan tindakan saman fitnah ke atas Ketua Penerangan Pemuda Pas Maran, Muhammad Salman Al Farisi.

Shahaniza berkata, tindakan undang-undang itu diambil susulan siri kenyataan tidak benar dan berniat jahat diterbitkan di media sosial TikTok dan Facebook bertarikh pada 3 dan 29 Julai lalu.

Katanya, saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Temerloh.

“Tuduhan beliau bahawa saya ‘melakonkan projek air’, melanggar peraturan Kementerian Pendidikan (KPM), berkempen politik dalam sekolah dan menyogok pelajar dengan makanan segera tidak berasas, fitnah dan berniat menjatuhkan maruah serta kredibiliti saya secara terbuka.

“Saya ingin tegaskan bahawa lawatan ke tapak projek bekalan air adalah sebahagian daripada peranan menyampaikan maklumat projek rakyat oleh Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dan bukan sandiwara.

“Kehadiran saya ke sekolah adalah atas kapasiti sah sebagai Pengerusi Kumpulan Penggerak Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Pihak Swasta (KPIBKS) Maran dan bukan untuk tujuan politik,” katanya melalui kenyataan, hari ini.

Shahaniza yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Ketua Penerangan UMNO Pahang menegaskan, tiada sebarang unsur sogokan atau kempen politik dilakukan dalam program dihadirinya itu.

Justeru, beliau mengarah peguamnya mengambil tindakan undang-undang penuh terhadap pihak berkenaan termasuk memohon injunksi, permohonan maaf secara rasmi dan pampasan sewajarnya.

Shahaniza berkata, kes itu ditetapkan untuk pengurusan di Mahkamah Tinggi Temerloh 28 Ogos ini.

“Tindakan ini bukan semata-mata untuk mempertahankan nama saya, tetapi sebagai peringatan penting agar politik kebencian dan fitnah tidak menjadi budaya dalam wacana awam.

“Apatah lagi melibatkan tokoh muda yang sepatutnya menjadi ejen perubahan matang dan bertanggungjawab,” katanya.

Related Posts

Undi18 kekal ‘king maker’ dalam PRU16

KUANTAN – Pengundi kali pertama (Undi18) dilihat memainkan peranan penting dan terus menjadi fokus penyumbang utama kemenangan parti bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. Justeru, pelbagai pendekatan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Analisis tidak adil beri imej kurang tepat pencapaian sebenar kerajaan Pahang

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang menyelar tindakan segelintir pihak yang cuba menggugat kestabilan negeri ini dengan menyebarkan naratif negatif dan menggunakan medium fitnah demi kepentingan politik sempit. Ketuanya, Mohd Kamil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undi18 kekal ‘king maker’ dalam PRU16

Undi18 kekal ‘king maker’ dalam PRU16

Dari Vietnam ke Sabah, air mata iringi perjuangan suami bawa pulang isteri sakit

Dari Vietnam ke Sabah, air mata iringi perjuangan suami bawa pulang isteri sakit

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

Naratif lapuk Himpunan 1 Mei jejaskan kematangan wacana antirasuah

Naratif lapuk Himpunan 1 Mei jejaskan kematangan wacana antirasuah

MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani

MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan