Sesi ‘One-on-One’ bersama syarikat utama Perancis capai objektif

PARIS – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pemeteraian perjanjian pembelian pesawat A321XLR antara AirAsia Berhad dan Airbus Industrie yang bakal memperkukuh keupayaan operasi syarikat penerbangan itu bagi laluan jarak dekat dan sederhana.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata, perolehan pesawat itu memperluas rangkaian penerbangan kebangsaan, malah menyokong aspirasi Malaysia sebagai hab penerbangan utama di benua Asia.

“Saya turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman antara 3P Capital Adviser dan Ardian, syarikat pelaburan persendirian terkemuka dari Perancis, dalam usaha meneroka peluang pelaburan dalam pasaran persendirian.

“Inisiatif sektor swasta ini mampu membuka akses lebih luas kepada rakyat Malaysia terhadap pelaburan alternatif,” ujar Perdana Menteri.

Dalam pertemuan bersama Imerys – syarikat pemproses mineral industri yang bertapak di Malaysia lebih 25 tahun – Anwar dimaklumkan mengenai komitmen mereka memperluas operasi dan menyokong pembangunan sektor pembuatan bernilai tinggi dan mesra alam di negara ini.

Beliau juga bertemu dengan Arkema, peneraju global dalam bidang kejuruteraan kimia khas yang sedang menilai potensi pelaburan baharu di Malaysia.

Syarikat berpangkalan di La Defense, Paris itu mencatat keuntungan €9.5 bilion (RM49.4 bilion) pada 2024.

Related Posts

‎ ‎SOGSC sasar penguasaan 60 peratus kontrak OGSE Sabah, tolak amalan ‘Ali Baba’

KOTA KINABALU – Sabah Oil & Gas Services Council (SOGSC) meletakkan sasaran tinggi untuk memastikan syarikat tempatan menguasai sekurang-kurangnya 60 peratus penganugerahan kontrak dalam sektor Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia berjaya stabilkan harga RON95 ketika krisis Timur Tengah – Pakar ekonomi

PUTRAJAYA – Malaysia berjaya menstabilkan harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter walaupun konflik di Timur Tengah terus memberi tekanan kepada pasaran minyak mentah dunia. Pakar ekonomi, Prof Dr Barjoyai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan