Serian berpotensi anjur sukan permotoran – John Ilus

SERIAN – Julung kali diadakan di Serian, penganjuran Serian International 4X4 Challenge dapat dijadikan sebagai acara tahunan dan dimasukkan dalam Kalendar Pelancongan Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja John Ilus berkata Serian mempunyai potensi dalam menganjurkan sukan permotoran seperti itu.

Menurut beliau, walaupun aktiviti sukan seperti ini kedengaran lasak, namun keindahan alam semula jadi dengan khazanah flora dan fauna tetap tidak terusik dan terpelihara.

“Kita berharap cabaran ini bukan untuk hari ini sahaja. Diharapkan ia terus diadakan pada tahun akan datang.

“Cabaran ini merupakan petanda baik kepada peminat kenderan pacuan empat roda dan aktiviti lasak,” kata beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan trek pacuan empat roda pada Jumaat.

Turut hadir Ahli Parlimen Serian, Dato Sri Richard Riot Jaem, Pegawai Daerah Serian, Henry Inting Nyami dan Pegawai Daerah Tebedu Gerard George Entiger.

Sementara itu, John yang juga Timbalan Penaung Serian Adventure 4X4 Society (SASPER) turut berharap aktiviti sukan permotoran lasak memberikan pelbagai faedah kepada penduduk setempat terutamanya dari segi ekonomi setempat.

“Saya berharap program seperti ini membantu masyarakat sekitar untuk terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung,” ujar beliau.

Related Posts

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

KUALA KRAI – Penahanan seorang wanita oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Miah di sini, petang semalam, membawa kepada rampasan lima laras senjata api, termasuk M-16. Komander Briged Tenggara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

KUANTAN – Hujan lebat lebih dua jam mengakibatkan kejadian banjir kilat di kawasan Habu Heights, Cameron Highlands, petang semalam. Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintendan Azri Ramli berkata, hujan lebat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan