Serangan Israel terhadap bank cabul undang-undang kemanusiaan antarabangsa – PBB

GENEVA – PBB mengecam tindakan Israel yang menyasarkan institusi kewangan di Lubnan sebagai satu serangan haram ke atas harta awam di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, kata pegawai khas PBB pada Rabu, lapor Anadolu.

Ben Saul, pelapor khas PBB dalam satu kenyataan berkata, undang-undang kemanusiaan antarabangsa tidak membenarkan serangan ke atas infrastruktur ekonomi atau kewangan musuh, walaupun mereka secara tidak langsung mengekalkan aktiviti ketenteraannya

Walaupun ada amaran awam Israel sebelum serangan terhadap pejabat-pejabat yang dikaitkan dengan institusi kewangan tertentu, namun rejim Israel masih mendakwa bahawa serangan terhadap bank tersebut adalah bagi menyekat pembiayaan ketenteraan kepada Hizbullah.

“Tujuan serangan ini adalah untuk menyasarkan kemampuan fungsi ekonomi Hizbullah, bukan sahaja semasa peperangan tetapi juga selepasnya, bagi menghalang usaha pembinaan semula dan pemulihan senjata.

“Pengeboman bank menjelaskan sasaran serangan Israel terhadap objek awam dan sasaran ketenteraan, di mana ia merupakan asas penting bagi melindungi orang awam daripada keganasan.

“Tindakan ini membuka ruang kepada ‘perang total’ terhadap populasi awam, di mana serangan tidak lagi terhad kepada sasaran yang benar-benar mengancam secara ketenteraan, serangan seperti ini mengancam hak untuk hidup,” kata Saul.

Saul turut memberi amaran bahawa undang-undang antikeganasan antarabangsa tidak membenarkan serangan ketenteraan bagi mencegah dakwaan pembiayaan keganasan atau pengubahan wang haram.

“Mengebom bank bukanlah penyelesaian yang sah untuk menangani cabaran jenayah kewangan dan pengawalan,” katanya.

Beliau turut menggesa supaya gencatan senjata segera dilaksanakan bagi melindungi nyawa orang awam dan memulihkan keamanan.

Pada 21 Oktober media antarabangsa melaporkan, rejim Israel telah melancarkan beberapa siri serangan udara di kawasan pinggir selatan Beirut, selatan Lebanon, dan Lembah Bekaa pada awal pagi Isnin, menyasarkan bangunan milik institusi perbankan Al-Qard Al-Hassan yang dikendalikan oleh Hizbullah.

Sekurang-kurangnya 10 serangan udara dilancarkan di kawasan pinggir selatan ibu kota, dengan sebuah bangunan runtuh sepenuhnya dan api menjulang ke udara di kawasan Chiyah.

Sebuah bangunan berhampiran satu-satunya lapangan terbang komersial di Lubnan turut diserang, dengan rakaman video menunjukkan asap tebal berkepul-kepul sementara sebuah pesawat berada di landasan berdekatan.

Related Posts

Resolusi hadkan kuasa perang Trump terhadap Iran gagal

WASHINGTON – Satu resolusi dwipartisan bagi mengehadkan keupayaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk melancarkan perang terhadap Iran gagal di Senat ketika serangan ketenteraan masih berterusan. Langkah yang bertujuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sekatan bahan binaan burukkan krisis kemanusiaan di Gaza

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan tindakan Israel yang terus menyekat kemasukan bahan binaan perlindungan ke Semenanjung Gaza mengakibatkan ratusan ribu pelarian Palestin kini terdedah kepada ancaman banjir besar. Jurucakap PBB,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan