Serangan Israel berterusan di Lubnan, 2,464 orang korban terbaharu

BEIRUT – Angka kematian disebabkan oleh serangan rejim Israel ke atas Lubnan terus meningkat kepada 2,464 orang terkorban, 11,530 yang lain cedera manakala 1.34 juta penduduk Lubnan kehilangan tempat tinggal sejak 8 Oktober tahun lalu.

Dalam serangan pada Ahad, tentera Israel melancarkan beberapa siri serangan udara ke atas Beirut menyasarkan pinggir selatan ibu kota Lubnan, susulan ancaman Israel untuk mengebom bangunan yang menempatkan cawangan institusi kewangan Qard al-Hassan yang bergabung dengan kumpulan Hizbullah.

Pesawat perang Israel melakukan sekurang-kurangnya sembilan serangan dalam masa sejam, menyasarkan cawangan persatuan itu di Hayy al-Sellum, Borj al-Barajneh, dan Ghobeiry di pinggir selatan Beirut, lapor agensi berita nasional Lubnan.

Sebelum ini, tentera Israel mengancam untuk menyerang ‘aset ekonomi penting Hizbullah di Lubnan.

“Tentera udara akan melancarkan serangan meluas ke atas sasaran di pinggir selatan Beirut, menyasarkan aset ekonomi berkaitan Hizbullah,” kata jurucakap tentera, Daniel Hagari dalam sidang akhbar.

Satu kenyataan kementerian berkata, 16 orang terbunuh dan 59 yang lain cedera dalam serangan Israel sejak 24 jam lalu, menjadikan jumlah yang cedera kepada 11,530.

“Dalam beberapa minit, kami akan mengeluarkan amaran kepada penduduk di pinggir selatan dan Lembah Bekaa untuk mengosongkan beberapa bangunan yang terletak berhampiran kemudahan Hizbullah,” kata jurucakap tentera dalam bahasa Arab, Avichay Adraee, di laman X.

Qard al-Hassan ialah salah satu institusi kewangan utama Hizbullah, yang ditubuhkan pada 1980-an sebagai persatuan kebajikan.

Related Posts

Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran gagal capai kata sepakat selepas 21 jam rundingan

ISLAMABAD – Amerika Syarikat (AS) dan Iran gagal mencapai sebarang persetujuan selepas lebih 21 jam rundingan damai bersejarah yang berlangsung di Pakistan. Naib Presiden AS, JD Vance, berkata rundingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000