Sentimen kenegerian tak gugat pilihan pengundi Sabah undi BN – Noor Helmy

TANJUNG KERAMAT – Sentimen kenegerian yang cuba dimainkan sesetengah pihak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 erhadap Barisan Nasional (BN) tidak akan mempengaruhi kebijaksanaan pemilih di negeri itu dalam menentukan calon terbaik untuk mewakili mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, penduduk tempatan lebih arif menilai calon yang benar memahami keperluan setempat berbanding persepsi atau tuduhan yang dilemparkan dari pihak luar.

“Bila kita cerita sentimen yang dimainkan oleh beberapa pihak, isu yang dimainkan sama ada benar atau tidak menjadi persoalan sekarang. Namun hakikatnya, orang tempatan lebih mengetahui calon-calon yang menawarkan diri.

“Saya tidak rasa apa jua persepsi yang dimainkan atau tuduhan akan menjejaskan keputusan mereka. Akhirnya, orang Sabah dan kawasan ini sendiri yang bijak membuat pilihan,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) ketika ditemui selepas program walkabout bersama calon BN DUN Tanjung Keramat, Jeffery Nor Mohamed, pada Rabu.

Dalam pada itu, mengulas kemungkinan bahawa pengundi di Sabah akan cenderung kembali menyokong BN, Mohd Noor Helmy berkata, segala kemungkinan tidak boleh diketepikan, namun pola sokongan hari ini lebih tertumpu kepada calon yang dekat dengan rakyat.

Beliau yang juga Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka memaklumkan, faktor keakraban calon dengan masyarakat setempat dan rekod khidmat yang konsisten terus menjadi penentu utama dalam pola sokongan pengundi di Sabah.

“Saya tidak menolak sebarang kemungkinan, tetapi apa yang saya lihat adalah pengundi memilih orang yang sentiasa bersama mereka. Mereka yang telah memberi khidmat bakti selama tempoh kebelakangan ini pastinya mempunyai kelebihan berbanding calon baharu.

“Walaupun media sosial dipenuhi pelbagai pengisian, dari semenanjung yang tidak henti-henti dengan serangan, hakikatnya pengundi di kawasan lebih memahami siapa yang harus dipilih nanti,” katanya.

Terdahulu, BN Sabah akan bertanding di 41 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN17 Dabah yang dijadual berlangsung pada 29 November ini.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin sebelum ini berkata, pemilihan calon dibuat dengan penuh teliti bagi memastikan gabungan itu menampilkan barisan terbaik yang berpengalaman, berwibawa dan mempunyai rekod khidmat cemerlang kepada rakyat.

Related Posts

Penguatkuasaan Akta 872 perlu diperkasa demi lindungi kebajikan pekerja gig

PUTRAJAYA – Wujud keperluan mendesak bagi perlindungan sosial yang lebih menyeluruh apabila jumlah kemalangan serta penerima faedah di bawah skim perlindungan kendiri terus meningkat saban tahun. Sehubungan itu, Ketua Aktivis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ekonomi domestik perlu diperkasa hadapi ketidaktentuan global

PRESTASI Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang diunjurkan berkembang sekitar 5.3 peratus bagi suku pertama 2026 menunjukkan ekonomi negara masih berada pada landasan yang memberangsangkan. Pengarah Program MBA Putra…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penguatkuasaan Akta 872 perlu diperkasa demi lindungi kebajikan pekerja gig

Penguatkuasaan Akta 872 perlu diperkasa demi lindungi kebajikan pekerja gig

Ekonomi domestik perlu diperkasa hadapi ketidaktentuan global

Ekonomi domestik perlu diperkasa hadapi ketidaktentuan global

Diplomasi berterusan Malaysia pastikan laluan tenaga negara terjamin

Diplomasi berterusan Malaysia pastikan laluan tenaga negara terjamin

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM