Semua rakyat punya peranan jaga perpaduan

KEHARMONIAN dan perpaduan dalam kalangan semua lapisan rakyat adalah asas kenegaraan yang mesti dipelihara bagai menatang minyak yang penuh, seterusnya dipupuk dan diwariskan kepada generasi akan datang.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, dalam perutusan Aidilfitri malam ini bertitah, setiap rakyat Malaysia – tanpa mengira kepercayaan agama atau warna kulit – mempunyai tanggungjawab menjaga perpaduan berdasarkan lima prinsip Rukun Negara.

Baginda berdua bertitah, menjaga perpaduan bukan suatu usaha yang mempunyai tarikh tamat, sebaliknya proses berterusan dalam aspek mendidik, memupuk dan menyemainya dalam kalangan rakyat.

“Setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kepercayaan agama atau warna kulit mempunyai tanggungjawab antara satu sama lain untuk menjaga perpaduan kita ini, berdasarkan lima Rukun Negara yang harus sentiasa terpahat dalam hati nurani setiap rakyat.

“Dalam memupuk kebersamaan dan perpaduan yang tulus ikhlas secara berhemah dan produktif, usaha kukuh mesti dilaksanakan untuk membanteras tanpa kompromi sebarang anasir yang membawa ancaman perpecahan.

“Harus difahami oleh semua juga, menjaga perpaduan ini bukan usaha yang mempunyai tarikh tamatnya. Ia adalah sesuatu yang mesti berterusan selamanya mendidik, memupuk dan menyemai dalam rakyat kita,” titah baginda.

Pada masa sama, baginda berdua bertitah, perpaduan tidak patut sekadar di permukaan tetapi mesti lebih mendalam, terutama apabila wujud keperluan untuk menangani situasi yang mana sesetengah perasaan mungkin terguris akibat kejahilan, sama ada disengajakan atau tidak.

“Saya harap pesanan ini disambut dan diambil tindakan sebaiknya oleh kerajaan dan juga rakyat jelata kerana perpaduan adalah asas kepada kesejahteraan dan kemakmuran kita semua.

“Saya dan isteri saya mendoakan semoga sekalian rakyat dan seluruh negara kita dilindungi daripada musibah, Insya-Allah,” titah Sultan Ibrahim.

Baginda bertitah, sambutan Aidilfitri adalah hari kemenangan buat umat Islam semua setelah mengawal hawa nafsu, menyucikan jiwa dan mengejar segala ganjaran pahala sepanjang bulan Ramadan yang penuh kemuliaan.

Baginda turut menghargai pengorbanan bagi mereka yang berkhidmat untuk negara, ketika umat Islam menyambut Aidilfitri.

“Kepada mereka yang gigih berkhidmat untuk negara pada hari mulia ini, jasa dan pengorbanan anda dihargai, semoga anda semua dikurniakan keberkatan dan terus ditiupkan semangat yang kental serta jitu.

“Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW, semulia-mulia Rasul dan para sahabat Baginda.

“Alhamdulillah, sekali lagi kita dikurniakan nikmat untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, setelah sebulan berpuasa,” titah baginda.

Related Posts

Rakyat Malaysia perlu berhenti berbalah isu bahasa

BENTONG – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghentikan pertelingkahan berpanjangan antara kaum berhubung isu bahasa, sebaliknya kembali memberi tumpuan kepada usaha membina masa depan anak-anak negara lebih berdaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas Panglima Tentera Darat tak mengaku terima rasuah lebih RM2.12 juta

Kuala Lumpur: Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan yang berdepan empat pertuduhan rasuah berjumlah lebih RM2.12 juta, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

  • By Ynom
  • January 22, 2026
SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

  • By Fandi
  • January 22, 2026
Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

SMJ 2.0 fokus perkukuh infrastruktur dan utiliti

  • By Ithma
  • January 22, 2026
SMJ 2.0 fokus perkukuh infrastruktur dan utiliti

PRK Kinabatangan, DUN Lamag: Persiapan pengundian lancar

  • By Fatin
  • January 22, 2026
PRK Kinabatangan, DUN Lamag: Persiapan pengundian lancar