Semua parti berperanan pastikan kemenangan calon DUN Nenggiri

GOMBAK – Semua parti komponen Kerajaan Perpaduan memainkan peranan penting untuk memastikan kemenangan calon dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Kelantan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, sewaktu PRK DUN Pelangai di Pahang tahun lepas, DAP telah membantu kempen yang menyumbang kepada kemenangan calon Barisan Nasional (BN).

“Apabila mereka pula bertanding di Kuala Kubu Bharu, saya selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor turun dan membantu memenangkan calon mereka, jadi inilah cara kita bekerja dan saya yakin akhirnya mesti ada sesuatu yang dapat memastikan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gesaan supaya pemimpin DAP mengelak daripada menyertai kempen PRK DUN Nenggiri, selepas menghadiri Majlis Perasmian Mini Program Komuniti Desa (PKD) Mobile Negeri Selangor Tahun 2024 di Gombak, di sini.

Mengulas lanjut katanya, gesaan itu disifatkan sebagai pendapat peribadi yang tidak mewakili pandangan UMNO.

“Masing-masing ada pendapat tetapi akhirnya kita mesti memikirkan bahawa kita berada dalam Kerajaan Perpaduan.

“Saya tidak fikir DAP akan tersinggung dengan kenyataan seperti itu, soal mereka (DAP) datang atau tidak (bantu kempen) itu perkara kedua, namun kita mengalu-alukan,” katanya.

Berhubung alasan bahawa DUN Nenggiri ialah kawasan Melayu, Megat Zulkarnain berkata, beliau yakin DAP tahu memainkan peranan di kawasan tertentu dan perkara terbabit tidak perlu disensasikan kerana yang penting idlah cara untuk memenangkan calon Kerajdan Perpaduan pada PRK berkenaan bulan depan.

“Sebab itu (pada PRK Pelangai) mereka (DAP) fokus pada Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Telemong yang sememangnya 90 peratus ialah pengundi bukan Melayu.

“Saya percaya mereka tidak akan masuk ke kampung atau PDM yang tiada pengundi bukan Melayu,” katanya.

Kelab Veteran UMNO sebelum ini dilaporkan secara terbuka menggesa pemimpin DAP mengelak daripada menyertai kempen PRK DUN Nenggiri yang akan diadakan pada 17 Ogos, manakala penamaan calon pada 3 Ogos.

Related Posts

PKR desak Nik Zawawi perjelas kenyataan hina sahabat Rasulullah

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak Ahli Parlimen Pasir Putih, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, tampil memberikan penjelasan berhubung kenyataan beliau yang didakwa mengandungi tohmahan terhadap sahabat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konvensyen PH di Johor perlu jadi penentu arah kerjasama PH-BN

PULAI – Konvensyen Pakatan Harapan (PH) yang dijadual berlangsung pada 17 Mei ini di Persada Johor Bahru disifatkan sebagai platform penting dalam menentukan hala tuju kerjasama politik antara PH dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang