Sembilan pintu rumah pekerja musnah terbakar

KALABAKAN – Sebanyak sembilan pintu dari sebuah blok rumah pekerja musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Jalan Pengkalan Kalabakan, pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ushin berkata, sepasukan tujuh anggota kemudian bergegas ke lokasi kejadian dengan jarak 91 kilometer selepas menerima panggilan kecemasan pukul 3.01 petang.

“Operasi pemadaman dijalankan 10 anggota Pasukan Bomba Sukarela Kalabakan menggunakan dua aliran 200 kaki dua pancutan sumber air terbuka (kolam) menggunakan pam angkut.

“Pasukan Bomba BBP Tawau kemudian membuat tindakan ‘overhaul’ serta mengambil maklumat selain menjalankan pemeriksaan bagi memastikan kawasan sekitar selamat,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Menurut Jemishin, tiada mangsa dilaporkan terlibat dan operasi ditamatkan sepenuhnya pukul 5.47 petang.

Related Posts

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

MIRI – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tular di media sosial yang mendakwa Sarawak telah memohon 1,000 pekerja dari Bangladesh untuk bekerja dengan PETROS.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

KABONG – Beberapa Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) berjaya disiapkan dan diserahkan kepada penduduk dalam satu program yang berlangsung pada Jumaat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah